Loading...

Terma Dan Syarat Umum

untuk penggunaan perkhidmatan “Scan&Shop”
(selepas ini dirujuk sebagai, “GTC”)

GTC ini akan mentadbir syarat penggunaan perkhidmatan “Scan&Shop” dan juga hubungan antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan ini, iaitu syarikat Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran. 200001018812 (521419-K) (dirujuk sebagai “kami” atau “kita”).


Sebelum menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop”, sila baca GTC ini dengan teliti. Dengan menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop”, anda bersetuju dengan penggunaan perkataan dalam GTC ini dan anda bersetuju untuk terikat dengan GTC ini. Jika anda tidak bersetuju dengan GTC ini, sila hentikan penggunaan perkhidmatan “Scan&Shop” ini.

  1. Prinsip Perkhidmatan “Scan&Shop”

Perkhidmatan “Scan&Shop” adalah perkhidmatan percuma yang membenarkan pengguna untuk membeli barangan di stor kami dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk mengimbas kod bar produk, meletak produk yang diimbas dalam troli beli-belah maya dan membolehkan pembayaran produk selepas mengimbas kod QR penyudah pembelian yang diletak di kaunter juruwang.

2.       Penggunaan Perkhidmatan “Scan&Shop”

Perkhidmatan “Scan&Shop” boleh digunakan oleh mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas yang bersetuju dengan GTC ini. Perkhidmatan “Scan&Shop” adalah tersedia untuk penggunaan dengan cara berikut:

      jika anda ingin membeli belah sebagai ahli MyLotus’s, sila masukkan nombor telefon anda dengan pilihan “Shop as MyLotus’s member”; atau

      jika anda ingin membeli belah dan bukan pemegang kad ahli, sila pilih “Shop as non member“, kemudian ikuti arahan di skrin; dan

      sebelum anda mula membeli belah, anda akan membaca terma dan syarat yang terdapat di skrin kemasukan dan bersetuju dengannya dengan menekan kotak tanda setuju di skrin;

      anda bersetuju untuk mengimbas dan membayar kesemua barangan yang anda bawa ke kaunter juruwang (selain daripada barangan yang dirujuk pada perenggan 4 dalam GTC ini);

      dengan mengimbas dan menggunakan aplikasi mudah alih ini, anda bersetuju bahawa pekhidmatan “Scan&Shop” ini adalah cara bagaimana anda akan menjalankan urus niaga beli belah anda ketika berada di stor kami;

      jika anda ingin membeli belah selanjutnya tanpa menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop”, anda bersetuju untuk membayar keseluruhan barangan “Scan&Shop” anda sebelum kembali ke stor kami untuk membeli belah selanjutnya,

      anda boleh membayar produk anda di kaunter juruwang dengan sebarang kaedah pembayaran di kaunter pada cawangan kami yang berkenaan ketika pembelian.


 3.   Ketersediaan

Walaupun kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda, kami tidak membuat sebarang janji bahawa perkhidmatan “Scan&Shop” akan menepati keperluan anda. Kami tidak memberi jaminan bahawa perkhidmatan ini akan bebas daripada kesilapan. Jika ada kesilapan dalam perkhidmatan ini, anda hendaklah melaporkannya kepada talian bantuan kami di 1300 13 1313 dan kami akan berusaha untuk memperbetulkannya secepat mungkin.

 

Akses anda ke perkhidmatan “Scan&Shop” mungkin dihalang daripada masa ke semasa untuk membolehkan pembaikan, penyelenggaraan atau pengenalan kepada kemudahan atau perkhidmatan baharu. kami akan berusaha untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin dengan munasabah.

4.   Kesukaran Mengimbas Barangan

Mungkin akan ada kejadian di mana anda akan mengalami kesukaran untuk mengimbas produk dengan tepat. Anda bersetuju bahawa anda akan memaklumkan Pembantu Pelanggan “Scan&Shop” tentang produk berkenaan apabila anda membuat pembayaran untuk belian anda supaya ia boleh diimbas dan dicaj dengan betul.

5.   Pengesahan Rawak

Ini adalah sebahagian daripada perkhidmatan kami dan tidak menandakan sebarang kesalahan dari pihak anda. Anda bersetuju bahawa barangan anda mungkin diimbas semula pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Kami berhak untuk merujuk sebarang kejadian yang kami anggap secara munasabah melibatkan penyalahgunaan perkhidmatan “Scan&Shop” kepada pihak berkuasa berkenaan.

 6.   Harga dan Promosi

Sila maklum bahawa sebarang penolakan untuk promosi dan kupon akan dikira ketika di kaunter pembayaran sebelum anda membuat pembayaran buat bil akhir untuk pembelian anda. Jumlah harga yang dipaparkan di aplikasi mudah alih ini adalah satu panduan dan mungkin berbeza daripada penjimatan sebenar yang ditolak di kaunter juruwang.

7.   Data Peribadi Anda

Dengan menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop”, anda menerima bahawa kami tidak mengumpul sebarang maklumat yang boleh dianggap sebagai peribadi mengikut undang-undang berkaitan yang relevan. Jika anda menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop” sebagai pemegang kad ahli, kami mampu menghubungkan akaun keahlian anda dengan pembelian anda menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop” untuk memberikan segala manfaat yang ada pada kad ahli anda.

8.   Pemindaan

Kami boleh mengemaskini GTC ini dari masa ke semasa. Perubahan ini akan digunakan untuk penggunaan perkhidmatan “Scan&Shop” dan anda boleh mendapatkan GTC yang dikemaskini di bahagian “Scan&Shop” untuk versi cetak dan di skrin untuk versi elektronik. Jika anda tidak ingin menerima GTC yang baharu, anda perlulah berhenti menggunakan perkhidmatan “Scan&Shop”. Jika anda meneruskan penggunaan perkhidmatan “Scan&Shop” selepas tarikh perubahan berkuatkuasa, penggunaan perkhidmatan ini menandakan persetujuan anda untuk terikat dengan GTC yang baharu.

9.      Lain-lain

GTC ini akan ditadbir dan dianggap selari dengan undang-undang berkenaan di Malaysia dan sebarang perbalahan akan ditentukan oleh mahkamah masing-masing di Malaysia.

Jika sebarang peruntukan dalam GTC ini didapati tidak sah, ketidaksahan peruntukan tersebut tidak akan mempengaruhi kesahan peruntukan GTC yang lain, yang akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pelanggaran GTC ini yang diakibatkan oleh keadaan di luar kawalan kami.

GTC ini adalah sah dan efektif dari 12/6/2019 

E-newsletter
Subscription

I have read and agree to Lotus's terms and conditions and privacy policy. I agree to be registered to the e-newsletter subscription service.