Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (formerly known as Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) is looking to recruit 200 new local colleagues in Bukit Beruntung, Selangor Distribution Centre (DC), thus further affirming its commitment to creating employment in the country.
Incidentally, the Bukit Beruntung DC and Lotus’s other DC in Simpang Pulai, Perak has been fully managed and operated by Malaysians since November 2020, as a response to the government’s call in creating employment for Malaysians following the high unemployment rate on the back of the Covid-19 pandemic.
“Earlier this year, there had been some concerns about the employment status of Tesco colleagues once we have taken over. Rest assured, there are no plans for job cuts, and we will continue to be recruiting to support our growth aspirations and plans,” said Lotus’s President, Kenneth Chuah.
“The pandemic has put many people out of a job and in support of the government’s initiative in creating employment for Malaysians, we are offering 200 permanent positions for job seekers in our Bukit Beruntung DC,” he continued.
Malaysians aged 18 to 50, with a minimum education level of Penilaian Menengah Rendah (PMR) or Penilaian Tingkatan 3 (PT3) and are willing to work shifts, five days a week are welcome to apply. Lotus’s also offers a yearly bonus, insurance, Employee Provident Fund and Social Security Organization contributions.
Lotus’s also welcome women to work in the DCs. As of today, over 30 per cent colleagues who operate the machinery and drive the forklift are women. This is particularly significant as before 2020, Lotus’s DCs were predominantly managed by men.
Interested candidates may just walk in for interviews in Lotus’s DC or apply via https://bit.ly/3eGdmOd.
This is not the first time that Lotus’s has carried out a large-scaled employment drive for Malaysians. In April 2020, Lotus’s as then Tesco, recruited over 600 local colleagues to meet the unprecedented demand during the first Movement Control Order.
Having acquired Tesco Malaysia’s business in December 2020, Lotus’s has since assumed the operations of all existing Tesco stores, employing over 8,600 colleagues across one head office, two DCs, and 62 stores throughout Peninsular Malaysia.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagi Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) sedang berusaha untuk merekrut 200 rakan sekerja baharu untuk pusat pengedarannya di Bukit Beruntung, Selangor.
Kedua-dua pusat pengedaran Lotus’s di Bukit Beruntung dan Simpang Pulai, Perak telah pun dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia sejak November 2020, sebagai tindak balas kepada seruan Kerajaan dalam mewujudkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia berikutan kadar pengangguran yang tinggi di balik wabak Covid -19 yang berlarutan.
"Awal tahun ini, memang ada keraguan mengenai status pekerjaan rakan-rakan sekerja Tesco setelah kami mengambil alih. Yakinlah bahawa tidak ada rancangan untuk pemotongan pekerjaan, dan kami akan terus merekrut untuk menyokong aspirasi dan rancangan pertumbuhan perniagaan kami,” kata Presiden Lotus’s, Kenneth Chuah.
"Pandemik ini telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam mewujudkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kami menawarkan 200 jawatan tetap untuk rakyat tempatan di pusat pengedaran Bukit Beruntung kami," lanjutnya.
Warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 50 tahun, dengan tahap pendidikan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dan bersedia bekerja syif, lima hari seminggu dialu-alukan untuk memohon. Lotus’s juga menawarkan sumbangan bonus tahunan, insurans, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Lotus’s juga mengalu-alukan wanita untuk bekerja di pusat pengedarannya. Kini, lebih daripada 30 peratus rakan sekerja yang mengendalikan mesin dan memandu forklift adalah wanita. Ini adalah suatu perubahan yang ketara kerana sebelum 2020, pusat pengedaran Lotus’s hanyalah dikendalikan oleh pekerja lelaki.
Calon yang berminat boleh pergi terus ke pusat pengedaran Bukit Beruntung untuk temu duga ataupun mendaftar di pautan ini: https://bit.ly/3eGdmOd.
Ini bukanlah kali pertama Lotus’s menjalankan pengrekrutan pekerjaan skala besar untuk rakyat Malaysia. Pada bulan April 2020, Lotus’s, sebagai Tesco ketika itu, merekrut lebih dari 600 rakan sekerja tempatan untuk memenuhi permintaan tinggi yang luar biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan pertama.
Setelah memperoleh perniagaan Tesco Malaysia pada bulan Disember 2020, Lotus’s kini mengendalikan semua operasi cawangan Tesco yang ada, dengan mengajikan lebih dari 8,600 rakan sekerja di satu ibu pejabat, dua pusat pengedaran dan 62 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.