In the spirit of Malaysia Prihatin this upcoming Hari Kebangsaan, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), formerly known as Tesco Malaysia, is rolling out a crowdfunding initiative, called the #KitakanJiran Prihatin fund.
Tapping into the Lotus’s #kitakanjiran spirit, the fund aims to scale up the community outreach that Lotus’s has started since early July 2021 through the distribution of the Lotus’s Kotak Prihatin to the underprivileged communities encompassing the B40 groups; the homeless; charity and welfare homes; and those who have risen the #benderaputih.
Hosted on the Sedunia.me crowdfunding platform, the #KitakanJiran Prihatin Fund invites all prihatin Malaysians to make a difference during this Merdeka month by donating any amount into the fund. Every RM50 in donations raised will sponsor one Kotak Prihatin which can sustain a struggling family of four comfortably for a week or more.
The Kotak Prihatin provides families with essentials such as rice, wheat flour, sugar, cooking oil, sardine, vermicelli, honey cereal, Mi Sedaap, Maggie Noodle Curry, Lipton tea, Aik Cheong coffee, kicap, cream crackers, Marie biscuits, sweet creamer, regular Oreos and disposable face mask.
“I’m very pleased to share that in July alone we have distributed as many as 7,400 boxes of Kotak Prihatin to over 50 causes, following the widespread #benderaputih call for help,” said Lotus’s President, Kenneth Chuah. “This Merdeka, we would like to appeal to the Malaysia Prihatin and unity spirit so that together, we can reach out to support even more families in our communities. From now till the end of October, we aim to raise as much as RM1 million so that we can distribute as many as 20,000 Kotak Prihatin and help many more who need it.”
Prior to the launch of #KitakanJiran Prihatin Fund to the public, Lotus’s has already initiated its internal fundraising among its 8,600 Lotus’s colleagues and has pledged over RM300,000 in contribution.
What’s interesting about the #KitakanJiran Prihatin Fund is the ‘Boost’ function available on the Sedunia.me crowdfunding platform. The Boost function allows the public to create their own mini-fundraiser campaign to help support the bigger campaign. This gives them the flexibility of deciding how much they want to raise, and a unique URL that they can share with family and friends.
“We’re excited to see the creativity that will come out from Malaysians in utilizing this mini-fundraiser campaign as we unite in our concern and welfare for those who are struggling through this ongoing pandemic,” continued Chuah.
All donations raised via the support-fundraiser campaign will go into the overall fund and will be converted to Kotak Prihatin for families and individuals in need during the pandemic.
Members of the public who would like to support this initiative can read more about the #KitakanJiran Prihatin Fund and make their contribution at https://www.sedunia.me/campaigns/kita-kan-jiran-prihatin-fund/about.
To receive updates on the Kotak Prihatin distribution from the donations raised from the fundraiser, please follow Lotus’s official Facebook page and corporate website.
Dengan semangat Malaysia Prihatin sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia), yang dahulunya dikenali sebagai Tesco Malaysia, melancarkan inisiatif pendanaan awam (crowdfunding), #KitakanJiran Prihatin.
Dalam memanfaatkan semangat #kitakanjiran Lotus’s, pengumpulan dana ini bertujuan untuk meningkatkan jangkauan masyarakat oleh Lotus’s yang telahpun dimulakan sejak awal Julai 2021 melalui pengedaran Kotak Prihatin Lotus’s kepada golongan kurang mampu yang merangkumi kumpulan B40; gelandangan; rumah-rumah kebajikan; dan mereka yang telah mengibarkan #benderaputih.
Inisiatif Dana #KitakanJiran Prihatin yang dihoskan di platform pendanaan awam, Sedunia.me, menjemput semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk menghasilkan perbezaan sepanjang bulan Merdeka ini dengan menyumbangkan bantuan wang. Setiap sumbangan terkumpul sehingga RM50 akan menaja satu Kotak Prihatin yang dapat menampung sebuah keluarga yang dianggotai empat orang sekurang-kurangnya selama seminggu.
Kotak Prihatin Lotus’s menyediakan makanan dan barangan keperluan seperti beras, tepung gandum, gula, minyak masak, sardin, bihun, bijirin madu, Mi Sedaap, Kari Mie Maggie, teh Lipton, kopi Aik Cheong, kicap, keropok krim, biskut Marie, krim manis, biskut Oreos dan pelitup muka pakai buang.
"Saya sangat gembira untuk berkongsi bahawa pada bulan Julai sahaja kami telah dapat mengedarkan sebanyak 7,400 kotak Kotak Prihatin kepada lebih dari 50 kes-kes keperluan, berikutan permintaan #benderaputih yang meluas," kata Presiden Lotus’s, Kenneth Chuah.
“Sempena Merdeka ini, kami berhasrat agar semangat prihatin dan perpaduan rakyat Malaysia bersama-sama dapat memberi bantuan kepada lebih ramai keluarga-keluarga yang memerlukan. Mulai sekarang hingga akhir Oktober 2021, kami berhasrat untuk mengumpulkan sebanyak RM1 juta supaya kami dapat mengedarkan sebanyak 20,000 Kotak Prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.”
Sebelum Dana #KitakanJiran Prihatin dilancarkan kepada orang ramai, Lotus’s telahpun berjaya mengumpul pendermaan dana yang melebihi RM300,000 dari 8,600 rakan-rakan sekerja Lotus’s.
Apa yang lebih menarik mengenai Dana #KitakanJiran Prihatin ialah fungsi ‘Boost’ yang terdapat di platform pendanaan awam Sedunia.me. Fungsi ‘Boost’ membolehkan orang ramai menjalankan kempen pengumpulan dana mini mereka sendiri untuk membantu menyokong kempen utama.
Ini memberi mereka fleksibiliti untuk menentukan dana yang mereka ingin kumpulkan, dan URL unik yang dapat mereka kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
"Kami sangat teruja untuk melihat kreativiti dan semangat perpaduan rakyat Malaysia melalui kempen pengumpulan dana mini mereka yang bertujuan untuk membantu golongan yang paling terkesan akibat pandemik yang berlarutan ini," sambung Chuah.
Semua sumbangan yang dikumpulkan melalui kempen pengumpulan dana sokongan ‘Boost’ akan dimasukkan ke dalam dana keseluruhan #KitakanJiran Prihatin dan akan ditukarkan menjadi Kotak Prihatin untuk keluarga-keluarga dan individu-individu yang memerlukan.
Orang ramai yang ingin ketahui lebih lanjut dan berminat untuk menyumbang ke dalam Dana #KitakanJiran Prihatin boleh pergi ke laman web https://www.sedunia.me/campaigns/kita-kan-jiran-prihatin-fund/about.
Sila ikuti halaman Facebook rasmi dan laman web korporat Lotus’s untuk menerima kemas kini pengedaran Kotak Prihatin hasil dari sumbangan yang berjaya dikumpulkan.