Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (formerly known as Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) launched its first flagship store in Kepong earlier today. Located in the mall formerly known as Kepong Village Mall in Bandar Menjalara, Lotus’s Kepong now bears the vibrant colors of Lotus’s green and yellow signifying the vibrant and dynamic direction that Lotus’s Malaysia intends to go on.
Lotus’s Malaysia is the new brand that comes out from the acquisition of Tesco Malaysia by Thailand-based multinational conglomerate, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) back in December 2020. Through the acquisition, Lotus’s Malaysia now assumes Tesco’s existing operations which include employing over 8,600 employees across one head office, two distribution centres, and 62 stores throughout Peninsular Malaysia. It also has Malaysia’s most extensive online grocery home shopping network with over 100 delivery trucks and operations in Penang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, and Ipoh.
C.P. Group meanwhile, is a multinational conglomerate, operating across various industries ranging from agricultural, industrial to service sectors. It currently operates 14 business groups and has investments in 21 countries and economies.
Speaking at the launch, Lotus’s Malaysia President Kenneth Chuah explained the silent ‘s’ in the company’s name: “Lotus’s and not “Lotuses” as we would like to be called is all about giving our customers SMART selections that would delight them. The apostrophe you see in our name is a drop pin that signifies your go-to destination for all your needs and wants and the ‘s’ represents our SMART values, the behaviour that guides us in bringing delight to Malaysian customers and to continue winning their trust,” he said.
S.M.A.R.T
The S.M.A.R.T values represent:
S is for Simple: We simplify the experience for our customers.
M is for Motivated: We try to always be one step ahead in anticipating our customer’s needs.
A is for Agile: We act and adapt fast to changing needs and trends
R is for Responsible: We are always professional and ethical in everything that we do
T is for Transformative: We innovate to help our customers to enjoy better lives
4 Brand Differentiators
Lotus’s understands that customers are unique and have different wants, needs, and desires. Through its 4 Brand Differentiators, it aims to be a smarter retailer that brings quality fresh products at affordable prices and services that not only fulfill customers’ personal needs but also, a smarter life experience.
1. Smart Total Supply Chain and Innovative Products
Quality to Lotus’s Malaysia is not just a process but is a belief. Customers these days look for different benefits in their food and with Lotus’s smart supply chain, the retailer can ensure the freshness and quality of the goods customers bring home. The rebranding of Tesco Own Brand range such as the Tempura nugget, Fried chicken, UHT milk, cat food, kitchen towel and many more to Lotus’s Own Brand underlines its commitment to delivering quality and value to customers.
Through this way, local suppliers including small and medium enterprises (SMEs) suppliers which have been working with Tesco for the last 18 years will continue partnering with Lotus’s to develop quality and affordable products that delight customers.
2. Seamless Omni-Channel Experience 4.0
Modern life is all on the go and Lotus’s is here to provide customers with seamless omni-channel experiences. Whether it’s at any of its 62 stores or shopping online, Lotus’s wants customers to experience a fast, friction-free, and personalized shopping experience.
In the coming months, customers will be able to see Lotus’s strengthening its presence through its online grocery home shopping and multichannel platforms namely Lazada, Shopee, HappyFresh, and foodpanda. It will also be enhancing its existing shopping apps such as the Scan and Shop, Order and Collect as well as equipping nine (9) more stores from the existing 15 stores with self-checkout counters to further enhance customers’ shopping experience.
Current stores boasting self-checkout counters are Puchong, Damansara, Penang, Penang Hyper, Ampang, Desa Tebrau, Kepong, Bukit Indah, Tanjung Pinang, Paradigm, KLS City, IOI City Mall, Teluk Intan, and Wangsa Walk. The new nine stores to receive self-checkout counters are Cheras, Sg Petani, Bukit Puchong, Setia Alam, Shah Alam, Melaka, Kota Bahru, Seberang Jaya and Selayang.
3. Integrated Technology and Data Innovation
Lotus’s understands that everyone is unique with different specific needs. Using data technology and innovation, the retailer aims to make customers’ shopping experience more personalized by offering meaningful value for money and personal privileges tailored to them.
Existing 1.5 million active Clubcard members will be delighted to hear that Lotus’s will soon introduce a loyalty programme that will allow customers the flexibility to choose and convert points to saving vouchers at their convenience while maintaining all existing collected points.
4. Committed Sustainability Living
In line with the C.P Group’s progressive sustainability efforts and in support of the Malaysia Government’s 2018-2030 Roadmap towards zero single-use plastic, Lotus’s will soon phase out single-use plastic carrier bags at the checkouts, while continue reviewing materials in its Own Brand packaging, removing and reducing harmful plastics to the environment, and carry on reducing food waste and donating unsold but edible food to charities and those in need.
Meanwhile, its commitment, to empower youth across Malaysia with educational, personal growth and sustainability workshops and initiatives through its adopted school programme across all stores and distribution centres will continue.
After Lotus’s Kepong, the retailer is set to launch its second and third flagship stores in Penang and Johor in May. Collectively, it is targeting to rebrand 15 stores namely Ara Damansara, Cheras, Selayang, IOI City, The Mines, Bandar Bukit Puchong, Klang, Mutiara, Paradigm, Puchong, Setia Alam, Shah Alam, Bukit Indah, Plentong, and Seremban 2 by June. Lotus’s expects to rebrand all 62 stores by year-end.
Lotus’s inclusion into the C.P Group also means greater variation offering of sister company, CP Food’s ready-to-eat meals. Customers will now be able to enjoy seven (7) new varieties such as CP Korean Fried Chicken, CP Spicy Drummet, CP Tomyum Jumbo Popcorn, CP Tomyum Shrimp Wonton, CP Marinated Chicken Black Pepper, CP Marinated Chicken BBQ and CP Korean Popcorn. In the meantime, Lotus’s Malaysia is already carrying CP Stir Fried Chic Chili, CP Fried Rice with Chicken Sausage, CP Kampung Fried Rice, CP American Fried Rice, CP Nasi Lemak with Chicken Rendang, Mexican Spicy BBQ Chicken, Crispy Chicken Finger with DHA, CP Daily Sausage Breakfast, CP Daily Sausage Chili and CP Daily Sausage BBQ in its stores.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (sebelumnya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus's Malaysia) melancarkan cawangan perdana pertamanya di Kepong awal hari ini. Terletak di pusat beli-belah yang sebelumnya dikenali sebagai Kepong Village Mall di Bandar Menjalara, Lotus's Kepong kini mengenakan warna hijau dan kuning yang menandakan arah dinamik dan bersemangat tinggi yang ingin dilalui Lotus's Malaysia.
Lotus's Malaysia adalah jenama baharu yang dilahirkan dari pengambilalihan Tesco Malaysia oleh konglomerat multinasional Kumpulan Charoen Pokphand (Kumpulan C.P.) yang berpangkalan di Thailand, pada bulan Disember 2020. Melalui pengambilalihan tersebut, Lotus's Malaysia kini mengendalikan operasi Tesco sedia ada yang merangkumi penggajian lebih 8,600 pekerja di satu ibu pejabat, dua pusat pengedaran, dan 62 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia juga mempunyai rangkaian membeli-belah barangan runcit dalam talian yang paling luas di Malaysia dengan lebih dari 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, dan Ipoh.
Kumpulan C.P. pula adalah konglomerat multinasional, yang beroperasi di dalam pelbagai industri iaitu sektor pertanian hingga ke sektor perkhidmatan. Ia kini mengendalikan 14 kumpulan perniagaan dan mempunyai pelaburan di 21 negara dan ekonomi.
Semasa berucap pada pelancaran itu, Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah menjelaskan ‘s’ yang senyap dalam nama syarikat tersebut: "Lotus’s dan bukan “Lotuses" seperti mana yang kami ingin dikenali adalah mengenai pemberian pilihan S.M.A.R.T kepada pelanggan yang akan menceriakan mereka. Tanda koma terbalik yang anda lihat dalam nama kami adalah ’drop pin’ yang menandakan Lotus’s sebagai destinasi terpilih untuk memenuhi kesemua keperluan dan kehendak anda, manakala 's' pula mewakili nilai-nilai S.M.A.R.T kami yang menjadi panduan pada tingkah laku kami untuk menggembirakan pelanggan di Malaysia dan seterusnya memperolehi kepercayaan mereka,” katanya.
S.M.A.R.T.
Nilai-nilai S.M.A.R.T melambangkan:
S untuk Simple (Mudah): Kami menjadikan segala-galanya mudah.
M untuk Motivated (Bermotivasi): Kami sentiasa berada di hadapan permintaan pelanggan.
A untuk Agile (Tangkas): Kami bertindak dan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan dan trend.
R untuk Responsible (Bertanggungjawab): Kami sentiasa profesional dan beretika dalam semua perkara yang kami lakukan.
T untuk Transformative (Transformasi): Kami berinovasi untuk membantu pelanggan menikmati kehidupan yang lebih baik
4 Kelebihan Unik
Lotus’s memahami bahawa setiap pelanggan adalah unik dan mempunyai kehendak, keperluan, dan keinginan yang berbeza. Melalui 4 Kelebihan Unik, ia bertujuan untuk menjadi peruncit yang lebih pintar yang membawa produk segar berkualiti tinggi dengan harga dan perkhidmatan yang berpatutan, yang bukan sahaja memenuhi keperluan peribadi pelanggan tetapi juga boleh memberikan pengalaman hidup yang lebih pintar.
1. Rantaian Bekalan Yang Pintar dan Inovasi Produk
Kualiti untuk Lotus’s Malaysia bukan sekadar proses, tetapi adalah kepercayaan. Pelanggan kini mencari faedah yang berbeza dalam makanan mereka dan dengan rantaian bekalan pintar Lotus’s, ia dapat memastikan pelanggan membawa pulang barangan yang segar dan berkualiti kepada isi rumah mereka. Penjenamaan semula jenama Tesco Own Brand seperti nugget Tempura, ayam goreng, susu UHT, makanan kucing, tuala dapur dan banyak lagi kepada Lotus’s Own Brand menggariskan komitmennya untuk memberikan kualiti dan nilai kepada pelanggan.
Melalui cara ini, pembekal tempatan termasuk pembekal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah bekerjasama dengan Tesco selama 18 tahun terakhir akan terus bekerjasama dengan Lotus’s untuk mengembangkan produk berkualiti dan berpatutan yang menceriakan pelanggan.
2. Pengalaman Omni-Channel 4.0 yang Lancar
Kehidupan moden bergerak amat pantas dan Lotus’s ada di sini untuk memberikan pengalaman omni-channel kepada pelanggan. Sama ada di 62 cawangan atau membeli-belah dalam talian, Lotus’s mahu pelanggan mengalami pengalaman membeli-belah yang pantas, lancar dan diperibadikan.
Dalam beberapa bulan yang akan datang, Lotus’s akan mengukuhkan lagi kehadiran jenamanya melalui platform membeli-belah barangan runcit dalam talian dan juga platform pelbagai salurannya seperti Lazada, Shopee, HappyFresh, dan foodpanda. Ia juga akan mempertingkatkan aplikasi berbelanja yang ada seperti Scan and Shop, Order and Collect serta melengkapkan sembilan (9) lagi cawangan daripada 15 cawangan yang ada dengan kaunter layan diri untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan.
Cawangan-cawangan semasa yang mempunyai kaunter layan diri adalah Puchong, Damansara, Pulau Pinang, Penang Hyper, Ampang, Desa Tebrau, Kepong, Bukit Indah, Tanjung Pinang, Paradigma, KLS City, IOI City Mall, Teluk Intan, dan Wangsa Walk. Sembilan cawangan yang akan menerima kaunter layan diri ialah Cheras, Sg Petani, Bukit Puchong, Setia Alam, Shah Alam, Melaka, Kota Bahru, Seberang Jaya dan Selayang.
3. Teknologi Berintegrasi dan Inovasi Data
Lotus’s memahami bahawa setiap individu adalah unik dengan keperluan khusus yang berbeza. Dengan menggunakan teknologi data dan inovasi, Lotus’s bertujuan untuk memperibadikan pengalaman membeli-belah pelanggan supaya dapat menikmati keistimewaan dan nilai untuk wang yang bermakna sesuai dengan mereka.
Seramai 1.5 juta ahli Clubcard yang aktif akan gembira mendengar bahawa Lotus’s bakal memperkenalkan program kesetiaan yang akan menawarkan pelanggan fleksibiliti untuk memilih dan menukar mata untuk mendapatkan baucar penjimatan sambil mengekalkan semua mata terkumpul yang ada.
4. Komited Pada Kelestarian Kehidupan
Sejajar dengan usaha kelestarian Kumpulan CP yang progresif dan menyokong Peta Jalan Kerajaan Malaysia 2018-2030 ke arah plastik sifar sekali guna, Lotus’s akan menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran, sambil terus mengkaji bahan yang digunakan dalam pembungkusan Barangan Jenama Sendiri, serta mengeluarkan dan mengurangkan plastik berbahaya yang boleh merosakkan alam sekitar. Lotus’s juga akan meneruskan usahanya untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menyumbangkan makanan yang tidak terjual tetapi boleh dimakan kepada badan amal dan mereka yang memerlukan.
Sementara itu, komitmennya, untuk memperkasakan para belia di seluruh Malaysia dengan bengkel dan inisiatif pendidikan, pertumbuhan peribadi dan kelestarian melalui program sekolah yang diadopsi di semua cawangan dan pusat pengedaran akan diteruskan.
Lotus’s Malaysia akan melancarkan cawangan perdana kedua dan ketiga di Pulau Pinang dan Johor pada bulan Mei. Secara kolektif, ia menyasarkan untuk menjenamakan semula 15 cawangan iaitu Ara Damansara, Cheras, Selayang, IOI City, The Mines, Bandar Bukit Puchong, Klang, Mutiara, Paradigm, Puchong, Setia Alam, Shah Alam, Bukit Indah, Plentong, dan Seremban 2 selang akhir bulan Jun. Lotus’s berharap dapat menjenamakan semula kesemua 62 cawangan pada akhir tahun 2021.
Kemasukan Lotus’s ke dalam Kumpulan C.P. juga bermaksud penawaran variasi yang lebih besar daripada syarikat saudari (sister company) yang menawarkan makanan beku siap makan, iaitu CP Foods. Pelanggan kini dapat menikmati tujuh (7) jenis variasi baharu iaitu CP Korean Fried Chicken, CP Spicy Drummet, CP Tomyum Jumbo Popcorn, CP Tomyum Shrimp Wonton, CP Marined Chicken Black Pepper, CP Marined Chicken BBQ dan CP Korean Popcorn. Sementara itu, Lotus's Malaysia sudahpun menawarkan CP Stir Fried Chic Chili, CP Fried Rice with Chicken Soseage, CP Kampung Fried Rice, CP American Fried Rice, CP Nasi Lemak with Chicken Rendang, Mexican Spicy BBQ Chicken, Crispy Chicken Finger with DHA, CP Sosej Sarapan Pagi, CP Daily Sausage Chili dan CP Daily Sausage BBQ di cawangan-cawangannya.