Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (formerly known as Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) is teaming up both with its colleagues and small and medium enterprise supplier, All Kurma Sdn Bhd to ensure those affected the most by the economic effects of Covid-19 is not left behind during this Ramadan and Hari Raya Aidilfitri celebrations.
The retailer is rolling out not one, but two annual corporate social responsibility (CSR) initiatives, the Kiriman Ikhlas Raya (KIR) and the Tabung Kiriman Ikhlas (TKI) thus affirming its commitment to benefitting the communities it operates in.
“For the KIR initiative, we are teaming up with the Majlis Agama Islam and Lembaga Zakat across the Kuala Lumpur Federal Territory, Selangor, Johor, Kedah, and Kelantan for the distribution of the Zakat Wakalah contributed by Lotus’s colleagues. This particular initiative will see the contribution of RM300 worth of household necessities to 100 pre-selected asnaf (underprivileged) families for a grander Hari Raya Aidilfitri celebration,” said Lotus’s Head of Corporate Communications and CSR, Hanim Hamdan.
“This is not the first time that colleagues have contributed their Zakat Wakalah as we have been practicing this since 2019, but is the first time that we are working with religious bodies across five states at the same time,” she continued.
Lotus’s, as Tesco Malaysia, had in 2019 collaborated with Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) in distributing household goods to 12 asnaf families located in Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak. In 2020, the Zakat Wakalah distribution was allocated to 60 Tesco store and Distribution Centre colleagues who found themselves to be the sole breadwinners as their family members have been made redundant because of the pandemic.
Tabung Kiriman Ikhlas
Meanwhile, the TKI initiative provides Lotus’s customers the opportunity to help the same pre-selected asnaf families while they shop in Lotus’s stores. With every purchase of at least RM18 worth of All Kurma products, RM1 will be channelled to the TKI. All Kurma product ranges include Siafa, Mahadhi, al-Hisham, Masafii, Date Crown and Springdale Cottage.
“Our target is to raise RM30,000 in funds, which then be converted into Lotus’s vouchers to be distributed to the same 100 pre-selected asnaf families. Though the TKI campaign is already running now until 2 June 2021, we are hoping that we will be able to hit the target before the deadline,” said Hanim.
Through the combined KIR and TKI initiatives, the asnaf beneficiaries will be able to enjoy RM300 worth of cash vouchers and RM300 worth of household necessities.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus's Malaysia) bekerjasama dengan rakan-rakan sekerjanya dan pembekal perusahaan kecil dan sederhana, All Kurma Sdn Bhd untuk memastikan mereka yang paling banyak terkesan secara ekonomi akibat Covid-19 tidak ketinggalan dalam sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.
Peruncit tersebut melancarkan bukan satu, tetapi dua inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan iaitu Kiriman Ikhlas Raya (KIR) dan Tabung Kiriman Ikhlas (TKI) yang menggariskan komitmennya untuk memberi manfaat kepada komuniti-komuniti di mana ia beroperasi.
“Untuk inisiatif KIR, kami bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor; dan Lembaga Zakat Selangor dan Kedah, untuk pengagihan Zakat Wakalah yang disumbangkan oleh rakan-rakan sekerja Lotus’s. Inisiatif ini berbentuk sumbangan barangan keperluan rumah bernilai RM300 yang diagihkan dari cawangan-cawangan kami kepada 100 keluarga asnaf terpilih untuk membolehkan mereka menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,” kata Ketua Komunikasi Korporat dan CSR Lotus’s, Hanim Hamdan.
"Ini bukanlah kali pertama rakan-rakan sekerja kami menyumbangkan Zakat Wakalah kerana kami telah mempraktikkan inisiatif ini sejak 2019 lagi, tetapi ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan badan-badan agama di lima negeri pada masa yang sama," lanjutnya.
Lotus’s, sebagai Tesco Malaysia, telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam mengagihkan barang-barangan keperluan rumah kepada 12 keluarga asnaf yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak pada tahun 2019. Pada tahun 2020, pengagihan Zakat Wakalah diperuntukkan kepada 60 rakan sekerja yang mendapati mereka telah menjadi satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga mereka kerana ahli keluarga mereka yang lain telah kehilangan pekerjaan kerana wabak Covid-19.
Tabung Kiriman Ikhlas
Sementara itu, inisiatif TKI memberi peluang kepada pelanggan Lotus’s untuk bersama-sama membantu keluarga-keluarga asnaf ketika mereka berbelanja di mana-mana cawangan Lotus’s. Dengan setiap pembelian semua produk All Kurma bernilai sekurang-kurangnya RM18, RM1 akan disalurkan ke dalam TKI. Rangkaian produk-produk All Kurma merangkumi Siafa, Mahadhi, al-Hisham, Masafii, Date Crown dan Springdeal.
"Sasaran kami adalah untuk mengumpulkan dana sebanyak RM30,000, yang kemudiannya akan ditukar menjadi baucar Lotus’s dan diedarkan kepada 100 keluarga asnaf yang telah dipilih. Kempen TKI ini akan berlangsung sehingga 2 Jun 2021, dan kami berharap akan dapat mencapai sasaran kami dengan sokongan para pelanggan kami,” kata Hanim.
Ini adalah tahun kedua berturut-turut Lotus’s mengadakan inisiatif TKI. Tahun lalu, Lotus’s bekerjasama dengan Mondelez International dan badan bukan kerajaan Food Aid Foundation (FAF) untuk membantu mereka yang memerlukan. Dana yang dikumpulkan telah ditukar menjadi barang makanan termasuk beras, minyak masak, tuna, keropok krim, serpihan bijirin, susu, madu dan campuran minuman segera yang kemudian diedarkan kepada penerima bantuan FAF di seluruh Semenanjung Malaysia.
Melalui inisiatif gabungan KIR dan TKI, penerima-penerima asnaf akan dapat menikmati baucar tunai bernilai RM300 dan keperluan isi rumah bernilai RM300. Pengedaran baucar dan barangan keperluan isi rumah yang pertama telah pun diadakan di Lotus's Kota Bharu, Kelantan pada 20 April 2021, manakala pengedaran selanjutnya pula dijadualkan sepanjang bulan Ramadan.