Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (formerly known as Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) is pleased to share that a total of 100 asnaf (underprivileged) families have benefitted from the retailer’s seasonal corporate social responsibility (CSR) initiatives.
The asnaf families have all received RM600 worth of aid, with the first RM300 in the form of household goods contributed through Lotus’s internal CSR, the Kiriman Ikhlas Raya (KIR) and the remaining RM300 in the form of vouchers through the partner and customer-supported CSR initiative called the Tabung Kiriman Ikhlas (TKI).
For the KIR initiative, Lotus’s has teamed up with the Majlis Agama Islam for Kuala Lumpur Federal Territory, Kelantan and Johor; and Lembaga Zakat Selangor and Kedah, for the distribution of the RM30,000 Zakat Wakalah contributed by Lotus’s colleagues.
Meanwhile, TKI initiative was able to raise an additional RM30,000 for the same asnaf families ahead of its 2 June 2021 deadline. With every purchase of at least RM18 of All Kurma Sdn Bhd products, RM1 was channelled to the TKI. All Kurma product ranges include Siafa, Mahadhi, al-Hisham, Masafii, Date Crown and Springdale Cottage.
“We’re very pleased to be able to help the asnaf community this Ramadan and just in time for Hari Raya Aidilfitri celebration. We know that many have been economically impacted because of the Covid-19 pandemic, and we hope that our combined contribution of RM600 will help bring relief and joy to these families,” said Lotus’s Head of Communications and CSR, Hanim Hamdan.
“We are especially grateful to our partners Majlis Agama Islam for Kuala Lumpur Federal Territory, Kelantan and Johor; Lembaga Zakat Selangor and Kedah as well as All Kurma in making both our KIR and TKI initiatives a success. We look forward to similar collaborations with our partners in the future.”
A spokesperson from All Kurma said that the company is pleased to be collaborating with Lotus’s for its first foray into customer-led CSR initiative.
“We are pleased to collaborate with Lotus’s during this holy month of Ramadan where we and our customers were able to come together to help those less fortunate by just purchasing some of our products,” said the spokesperson.
“At All Kurma, we believe that the pursuit to healthier and better living starts with the food we consume daily and it is astounding to see what an impact of RM1 per purchase can make to the asnaf community who might not had the chance to experience these type of delicacies before,” the continued.
The distribution of the goods and vouchers was done throughout Ramadan with the final one taking place in Kuala Lumpur on 4 May 2021 during an event held by Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) and with the Minister at the Prime Minister’s Office (Islamic Affairs), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri in attendance.
Lotus’s, as Tesco Malaysia, had in 2019 collaborated with Pusat Pungutan Zakat (PPZ) and MAIWP, in distributing household goods to 12 asnaf families located in Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak. In 2020, the Zakat Wakalah distribution was allocated to 60 colleagues who found themselves to be the sole breadwinners as their family members have been made redundant because of Covid-19.
Meanwhile, Lotus’s collaborated with partners Mondelez International and non-governmental organization Food Aid Foundation (FAF) last year for the first TKI. Funds collected were converted to food items including rice, cooking oil, canned tuna, cream crackers, cereal flakes, milk, honey and instant beverage mix which were then distributed to FAF’s beneficiaries across Peninsula Malaysia.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd) (Lotus’s Malaysia) dengan berbesar hati ingin berkongsi bahawa sejumlah 100 keluarga-keluarga asnaf telah mendapat manfaat daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan dan Hari Raya 2021 nya.
Semua keluarga-keluarga asnaf telah menerima bantuan bernilai RM600, dengan RM300 pertama dalam bentuk barangan runcit rumah yang disumbangkan melalui CSR dalaman Lotus’s, Kiriman Ikhlas Raya (KIR) dan baki RM300 dalam bentuk baucar dari Tabung Kiriman Ikhlas (TKI), iaitu inisiatif CSR gabungan Lotus’s bersama rakan kongsi korporat, All Kurma Sdn Bhd dan para pelanggan.
Untuk inisiatif KIR, Lotus telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor; dan Lembaga Zakat Selangor dan Kedah, untuk pengagihan RM30,000 Zakat Wakalah yang disumbangkan oleh rakan-rakan sekerja Lotus’s.
Sementara itu, inisiatif TKI berjaya mengumpulkan RM30,000 tambahan untuk keluarga-keluarga asnaf yang sama. Dengan setiap pembelian sekurang-kurangnya RM18 produk All Kurma sepanjang bulan April, RM1 telaj disalurkan ke dana TKI. Rangkaian produk All Kurma merangkumi Siafa, Mahadhi, al-Hisham, Masafii, Date Crown dan Springdale Cottage.
“Kami sangat gembira kerana dapat membantu warga asnaf pada bulan Ramadan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kami tahu bahawa ramai yang terkena impak ekonomi kerana pandemik Covid-19 yang berlarutan ini, dan kami berharap sumbangan gabungan kami yang bernilai RM600 dapat membantu memberi kelegaan dan kegembiraan kepada keluarga-keluarga ini,” kata Ketua Komunikasi dan CSR Lotus’s, Hanim Hamdan.
“Kami sangat berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi korporat kami iaitu Majlis Agama Islam untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor; Lembaga Zakat Selangor dan Kedah serta All Kurma dalam menjayakan inisiatif KIR dan TKI. Kami mengharapkan kerjasama yang serupa dengan rakan-rakan kongsi korporat yang lain di masa hadapan. "
Jurucakap dari All Kurma mengatakan bahawa syarikat itu amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lotus’s untuk inisiatif CSR ini.
"Kami gembira dapat berkolaborasi dengan Lotus’s sempena bulan suci Ramadan ini di mana kami dan pelanggan dapat bersama membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan hanya membeli beberapa produk kami," kata jurucakap itu.
"Di All Kurma, kami percaya bahawa untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik bermula dengan makanan yang kita makan setiap hari. Ianya sangat mengagumkan untuk melihat kesan positif yang dapat dilakukan dengan penyaluran hanya RM1 setiap pembelian kerana kini masyarakat asnaf dapat mencuba merasa enak yang mereka mungkin tidak pernah dapat sebelum ini,” cakapnya.
Pengagihan barangan runcit rumah dan baucar kepada keluarga-keluarga asnaf dilakukan sepanjang bulan Ramadan dengan yang terakhir dilakukan di Kuala Lumpur pada 4 Mei 2021 semasa acara yang dianjuri oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Acara tersebut turut dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Lotus’s, sebagai Tesco Malaysia, pada tahun 2019 telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan MAIWP, dalam mengagihkan barang-barangan runcit rumah kepada 12 keluarga asnaf yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak. Pada tahun 2020, pengagihan Zakat Wakalah diperuntukkan kepada 60 rakan sekerja yang mendapati mereka adalah satu-satunya pencari nafkah di dalam keluarga mereka kerana ahli keluarga yang lain kehilangan perkerjaan akibat Covid-19.
Sementara itu, Lotus’s bekerjasama dengan rakan Mondelez International dan badan bukan kerajaan Food Aid Foundation (FAF) tahun lalu untuk TKI yang pertama. Dana yang dikumpulkan ditukar menjadi barang makanan termasuk beras, minyak masak, tuna, biskut krim, serpihan bijirin, susu, madu dan campuran minuman segera yang kemudian diedarkan kepada penerima bantuan FAF di seluruh Semenanjung Malaysia.