Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) fulfils its first Sama-Sama Hidup Baru on-the-ground activation with its long time charity partner Kechara Soup Kitchen at the Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tunku. The center provides refuge and support to 280 homeles and urban poor communities.
Today’s activity is the first of five community initiatives that will take place this year as part of Lotus’s effort to help the homeless, displaced individuals and urban poor communities to get back on their feet and have access to better hygiene care as well as safe and nutritious meals.
"It’s our #KitakanJiran spirit that drives everyone at Lotus’s to invest more into our communities. Through initiatives like these, we together with our participating partners want these oftenly forgotten individuals to have a more positive outlook on life through renewed hope, so that they can become a self-sufficient member of society. With support from our customers, we are able to reach out to more people in need”, said Hanim Hamdan, Head of Communications and CSR of Lotus’s Malaysia.
Together, realizing today’s programme, Lifebuoy and Clear donated 280 hygiene care packs to the individuals at Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tunku.
Sama-Sama Hidup Baru digital charitable fundraiser was launched in December 2022, with the aim to give a new start to 3,000 homeless and displaced individuals. Customers can take part in its #KitakanJiran programmes by donating a minimum of 390 MY Lotus’s points (RM2) via its Lotus’s Malaysia app. The contributed points will be converted into meals, hygiene kits, and other essentials, including a makeover session and an opportunity to join its Krew Ceria Lotus’s.
“We hope that the makeover and the support extended will make them feel good about themselves and boost their confidence. Hopefully this will motivate them to become more productive individuals, earn a decent living so that they can remove themselves from their current situation”, added Hanim
The on-the-ground activities will also be carried out throughout the year at locations like Pudu, Ipoh, Penang and Johor and customers who are keen to donate their points can do so via the Lotus’s Malaysia app until December 2023.
Last month, in celebration of Chinese New Year, the retailer together with Kechara Soup Kitchen distributed over 500kg of vegetables, fruits and bakery items to 30 families at Mount Erskine, Penang through its daily Food Surplus Programme. Its Food Surplus programme has provided B40 and B10 communities much needed relief from the increasing cost of living and prevent safe and edible food from going to landfills. To date, Lotus’s have rescued up to 2,425,189 kilogrammes of unsold but still edible food from going to waste, which equates to more than 10.5 million meals for the less fortunate.
Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) mengaktifkan aktiviti lapangan pertamanya bagi kempen Sama-Sama Hidup Baru bersama rakan kongsi amal lamanya Kechara Soup Kitchen di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku. Pusat ini menyediakan perlindungan dan sokongan kepada 280 golongan gelandangan dan komuniti miskin bandar.
Aktiviti hari ini merupakan aktiviti lapangan yang pertama daripada lima lagi lokasi inisiatif untuk membantu golongan gelandangan, golongan terbiar dan komuniti miskin bandar untuk bangkit semula dalam meneruskan hidup, menyediakan akses kepada penjagaan kebersihan dan juga makanan yang selamat dan berkhasiat yang akan berlansung pada sepanjang tahun ini.
“Berbekalkan semangat #KitakanJiran kami yang telah banyak mendorong kami di Lotus’s untuk memberi perhatian kepada komuniti setempat. Melalui inisiatif seperti ini, kami bersama-sama rakan kongsi kami ingin individu yang sering dilupakan ini mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap kehidupan mereka melalui sebutir harapan yang diperbaharui supaya mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berdikari. Dengan sokongan daripada pelanggan kami, kami boleh mendekati lebih ramai orang yang memerlukan,” kata Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi dan CSR Lotus’s Malaysia.
Bersama-sama merealisasikan program hari ini, Lifebuoy dan Clear menyumbangkan 280 pek penjagaan kebersihan kepada individu di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tunku.
Pengumpulan dana amal digital Sama-Sama Hidup Baru ini telah dilancarkan pada Disember 2022, dengan matlamat untuk memberi permulaan baharu kepada 3,000 golongan gelandangan dan golongan terbiar. Para pelanggan boleh mengambil bahagian dalam program #KitakanJiran dengan menderma sekurang-kurangnya 390 mata MY Lotus’s (RM2) melalui aplikasi Lotus's Malaysia. Mata yang disumbangkan akan ditukar kepada makanan, kit kebersihan dan keperluan lain, termasuk sesi ubah suai dan peluang untuk menyertai Krew Ceria Lotus.
“Kami berharap perubahan dan sokongan yang diberikan akan meningkatkan keyakinan mereka dan membuatkan mereka berasa selesa dengan diri mereka. Semoga inisiatif seperti ini dapat memotivasikan mereka untuk menjadi individu yang lebih produktif, berusaha mencari nafkah supaya mereka dapat mengeluarkan diri mereka daripada kemelut kehidupan mereka yang sekarang,” tambah Hanim.
Aktiviti di lapangan ini juga akan dijalankan di lokasi seperti Pudu, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor dan pelanggan yang berminat untuk menderma mata MY Lotus’s mereka boleh berbuat demikian melalui aplikasi Lotus’s Malaysia sehingga Disember 2023 ini.
Pada bulan lepas, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, syarikat peruncitan itu bersama Kechara Soup Kitchen telah mengedarkan lebih 500kg sayur-sayuran, buah-buahan dan roti bakeri kepada 30 keluarga di Mount Erskine, Pulau Pinang melalui Program Lebihan Makanan hariannya. Program Lebihan Makanan ini telah berjaya membantu golongan B40 dan B10 untuk mendapatkan akses kepada makanan yang berkhasiat lebih-lebih lagi di dalam kemelut peningkatan kos sara hidup.
Lotus’s telah menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh komuniti B40 dan B10 daripada peningkatan kos sara hidup dan menyelamatkan makanan yang selamat dan boleh dimakan daripada pergi ke tapak pelupusan. Sehingga kini, Lotus’s telah menyelamatkan sehingga 2,425,189 kilogram makanan yang tidak terjual tetapi masih boleh dimakan daripada terbuang ke tapak pelupusan yang bersamaan dengan lebih daripada 10.5 juta makanan untuk golongan kurang bernasib baik.