In conjunction with its RamRaya campaign, Sama-Sama Berseri, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) launched its Lotus’s RAHMAH Initiative in support of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living’s programme as a measure to reduce cost of living pressures faced by Malaysians.
Launching the Lotus’s RAHMAH initiative at Lotus’s Selayang today was Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Minister of Malaysia Domestic Trade and Cost of Living, accompanied by Yang Berbahagia Datuk Azman Mohd Yusof, Secretary General Ministry of Malaysia Domestic Trade and Cost of Living and Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
At the event, Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Seri Salahuddin Ayub said having Lotus’s Malaysia’s support as its strategic partner is a sign of the program’s continued success.
Extending its support for the sustainable growth of Malaysia and its ongoing efforts to create positive impact to vulnerable communities in the country, Lotus’s commits to delivering its Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH, Bakul RAHMAH, and Menu RAHMAH starting today.
"Many are feeling the pinch with the increasing cost of living especially the B10 and B40 groups. We hope that with the introduction of our Jualan RAHMAH Initiative, we can help lighten the burden of our customers by providing them with savings of up to 50% on 6,000 products when they shop at all Lotus’s stores and on our Lotus’s Shop Online platform”, said Kenneth, President of Lotus’s Malaysia.
Customers can also enjoy savings from 30% on essential food products and back-to-school items under its RAHMAH Package deal, and purchase of RM5 Menu RAHMAH meals in all its Lotus’s food courts.
Through its Lotus’s #KitakanJiran community programme the retailer will be contributing 1,200 Bakul RAHMAH, providing as many as 8,000 vulnerable individuals in 200 charity homes with access to fresh vegetables, fruits, bakery items and essential products like rice, sugar, flour and cooking oil throughout the year.
“#KitakanJiran drives everyone in Lotus’s to do more for our communities. We currently have an ongoing programme with Kechara Soup Kitchen called Sama-Sama Hidup Baru where we provide the urban poor with meals, hygiene kits, free haircuts and employment opportunities at our stores. Customers are also welcome to contribute by donating 390 My Lotus’s points via the Lotus’s Malaysia Application. And this Ramadhan, our #KitakanJiran volunteers will be preparing and distributing 2,000 Berbuka Puasa meals to vulnerable communities in the Klang Valley, Negeri Sembilan, Perak and Kedah”, added Kenneth.
Kenneth also spoke of the retailer’s existing daily food donation programme from 65 Lotus’s stores across the country. Up until December 2022, Lotus’s Malaysia has donated over 2.42 million kilograms of food equivalent to 10.4 million meals to various B10 and B40 individuals and families through its long-time partnership with the Food Aid Foundation and Kechara Soup Kitchen.
From 9 March – 15 May 2023, Lotus’s Sama-Sama Berseri RamRaya campaign offers customers discounts of up to 50% on selected grocery items and further savings with its discount vouchers available in its printed and e-catalogues. Also available are fashionable Hari Raya clothing designs like baju kurung set (RM49.90), Baju Melayu set (RM69.90), Kurta (RM39.90) and Baby set (RM22.90).
Sempena kempen RamRaya Sama-Sama Berseri, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s sebagai tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Merasmikan pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s di Lotus's Selayang pada hari ini ialah Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, dan Kenneth Chuah, Presiden Lotus's Malaysia.
Pada majlis itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sokongan yang diperoleh dari Lotus Malaysia sebagai rakan strategiknya adalah satu petanda kejayaan yang berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.
Memperluaskan sokongannya untuk pertumbuhan mampan Malaysia dan usaha berterusannya untuk mewujudkan impak yang positif kepada komuniti yang kurang berkemampuan di negara ini, Lotus’s komited untuk menyampaikan Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Menu RAHMAH mulai pada hari ini.
"Ramai yang merasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya golongan B10 dan B40. Kami berharap dengan pengenalan Inisiatif Jualan RAHMAH ini, kami dapat membantu meringankan beban pelanggan kami dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 6,000 produk apabila mereka membeli-belah di semua cawangan Lotus dan pada platform Lotus's Shop Online kami”, kata Kenneth, Presiden Lotus's Malaysia.
Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH, dan pada masa yang sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan selera Lotus.
Melalui program komuniti #KitakanJiran Lotus’s, syarikat peruncitan akan menyumbang 1,200 Bakul RAHMAH, yang bakal memberi impak kepada 8,000 individu yang memerlukan di 200 rumah kebajikan dengan akses kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, roti dan barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sepanjang tahun.
“Semangat #KitakanJiran mendorong kami di Lotus’s untuk membantu lebih banyak komuniti disekeliling kami. Kami juga mempunyai program berterusan dengan rakan amal kami Kechara Soup Kitchen yang dinamakan Sama-Sama Hidup Baru, di mana kami menyediakan makanan, kit kebersihan, sesi gunting rambut percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin bandar di stor kami. Pelanggan juga dialu-alukan untuk menyumbang dengan menderma 390 mata My Lotus’s melalui aplikasi Lotus’s Malaysia. Seterusnya, pada Ramadhan ini, sukarelawan #KitakanJiran akan menyediakan dan mengagihkan 2,000 hidangan Berbuka Puasa kepada komuniti yang memerlukan di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah”, tambah Kenneth.
Kenneth turut berkongsi mengenai program sumbangan makanan secara harian dari 65 cawangan Lotus’s di seluruh negara. Sehingga Disember 2022, Lotus’s Malaysia telah menyumbangkan lebih dari 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.
Dari 9 Mac – 10 Mei 2023, kempen Sama-Sama Berseri RamRaya Lotus’s menawarkan para pelanggannya diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dan penjimatan dengan baucar diskaun yang disediakan dalam bentuk cetakan dan e-katalognya. Turut dipromosikan adalah rekaan pakaian Hari Raya yang seperti set baju kurung (RM49.90), set Baju Melayu (RM69.90), Kurta (RM39.90) dan set Bayi (RM22.90).