Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) has expanded its presence into Bandar Indera Makhota, Pahang with its new store. A first in the state, the single level store and mall space spans around 10,000 square meters and is situated strategically along Jalan Sungai Lembing, the main road that connects Bandar Indera Makhota to Kuantan City.
The store officially opens today and was officiated by Yang Berbahagia Tuan Muhamad Radzi Johari, Chief Enforcement Officer of Ministry of Domestic Trade, Pahang Darul Makmur, accompanied by Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia and other members of the Lotus’s Leadership team.
“With our newest store layout, décor and wide selection of offerings, we are sure this new store will deliver on convenience, value and quality as a one-stop shopping experience for customers in Kuantan”, said Lotus’s Malaysia President, Kenneth Chuah.
The new store format includes a comprehensive FRESH produce, grocery and bakery section, lifestyle, household and electrical selection, stationery, apparel and more. For a gastronomic experience, its food court offers six food stalls – Malaysian, Thai and western cuisines and one beverage counter. Coffee Bean & Tea Leaf drive thru, Watsons and UR by Switch for Apple enthusiast are also available now amongst 24 other key tenants in Lotus’s Indera Makhota.
Customers will also have the convenience of using the Lotus’s Scan & Shop application for better control of their shopping budget and quicker checkout experience with its four Self-Checkout counters. They may also earn points on purchases made in-store or online and can be redeemed for rewards and greater savings with its FREE My Lotus’s membership and loyalty programme. Shoppers will also have the option to place Lotus’s Pick-Up and Lotus’s On Demand services on its Lotus’s Malaysia application. Furthermore, they will also enjoy RM5 off delivery fee with no minimum spending with Lotus’s Malaysia on foodpanda. Plans to partner with Grab is also underway.
Other exciting activities lined up for customers between 15 to 18 June include:
- Baucar Ganda-Ganda for My Lotus’s members
- Goodie bags worth RM20 with a minimum spending of RM50
- Spend and Win with a minimum spending of RM100 in a single receipt
- FREE Own Brand sampling and cotton candy
- Photo booths
Also offered are 50 My Lotus’s loyalty points per purchase per month with a minimum monthly spending of RM50 per transaction on the TrueMoney E-wallet and an additional 100 My Lotus’s loyalty points for My Lotus’s members who download and register the TrueMoney application until December 2023. The new store brings about 90 new jobs to Bandar Indera Makhota and stands as Lotus’s Malaysia’s 66th location across Peninsular Malaysia.
Committed to turning industry challenges like food waste into opportunities for social impact, Lotus’s Indera Makhota will divert its edible food surplus away from landfills under Lotus’s Malaysia’s flagship Food Donation Programme. The programme daily donates edible food surplus to under-resourced and underserved families with the help of its long-time charity partner, Kechara Soup Kitchen and the Food Aid Foundation. Since 2018, Lotus’s Malaysia has diverted 2.4 million kilograms of surplus food away from landfills, converting them to 10.4 million meals, providing over 120,000 families with access to nutrition.
Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah meluaskan kehadirannya ke Bandar Indera Makhota, Pahang dengan stor baharunya. Yang pertama di negeri ini, ruang stor dan pusat beli-belah satu tingkat itu berkeluasan sekitar 10,000 meter persegi dan terletak secara strategik di Jalan Sungai Lembing, iaitu jalan utama yang menghubungkan Bandar Indera Makhota ke Bandar Kuantan.
Stor dibuka secara rasmi hari ini dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhamad Radzi Johari, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pahang Darul Makmur dan diiringi Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia serta barisan Kepimpinan Lotus’s.
“Dengan susun atur stor dan reka bentuk terbaharu kami, serta pelbagai pilihan menarik, kami pasti, stor baharu ini akan memberikan kemudahan, nilai dan kualiti sebagai pengalaman membeli-belah setempat untuk pelanggan kami di Kuantan”, kata Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.
Format stor baharu menawarkan pilihan yang comprehensive untuk produk segar, barangan runcit, bakeri, barangan rumah dan elektrik serta alat tulis, pakaian dan banyak lagi. Untuk pengalaman gastronomi, medan seleranya menawarkan enam gerai makanan seperti masakan Malaysia, Thai dan barat serta satu kaunter minuman. Selain 24 penyewa utama, Pandu Lalu Coffee Bean & Tea Leaf, Watsons dan UR by Switch untuk peminat jenama Apple turut kini boleh didapati di Lotus’s Indera Makhota.
Pelanggan juga akan mendapat kemudahan menggunakan aplikasi Lotus's Scan & Shop untuk kawalan yang lebih baik terhadap belanjawan beli-belah dan pengalaman daftar keluar yang lebih pantas dengan empat kaunter Self-Checkout. Mereka juga akan memperoleh mata My Lotus’s untuk pembelian yang dibuat di stor atau dalam talian, dan boleh ditebus untuk ganjaran dan penjimatan yang lebih besar dengan program keahlian My Lotus’s yang PERCUMA. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Lotus's Pick-Up dan Lotus's On Demand dalam aplikasi Lotus's Malaysia. Tambahan pula, mereka juga akan menikmati potongan sebanyak RM5 dari bayaran penghantaran tanpa perbelanjaan minimum dengan Lotus’s Malaysia untuk penggunaan foodpanda. Rancangan untuk bekerjasama dengan Grab juga sedang diusahakan.
Antara aktiviti-akitiviti menarik untuk pelanggan dari 15 hingga 18 Jun termasuk:
- Baucar Ganda-Ganda untuk ahli My Lotus’s
- Beg cenderahati bernilai RM20 dengan perbelanjaan minimum RM50
- Belanja dan Menang dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit
- Sampel Jenama Barangan Lotus’s dan gula-gula kapas PERCUMA
- Kios foto
Turut ditawarkan adalah 50 mata My Lotus’s untuk setiap pembelian setiap bulan dengan perbelanjaan bulanan minimum sebanyak RM50 dalam setiap transaksi dengan penggunaan E-dompet TrueMoney dan 100 mata tambahan My Lotus’s untuk ahli My Lotus’s yang memuat turun dan mendaftar aplikasi TrueMoney sehingga Disember 2023.
Stor baharu ini juga membawa masuk kira-kira 90 peluang pekerjaan baharu ke Bandar Indera Makhota dan merupakan lokasi stor Lotus’s Malaysia yang ke-66 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Komited untuk mengubah cabaran industri seperti pembuangan makanan kepada peluang untuk impak sosial, Lotus’s Indera Makhota akan mengelakkan lebihan makanan yang tidak terjual dan selamat dimakan dari hinggap di tapak pelupusan dengan menyalurkannya ke dalam Program Derma Makanan Perdana Lotus’s Malaysia. Program ini menyalurkan lebihan makanan yang selamat dimakan setiap hari kepada keluarga yang kekurangan sumber dan kurang berkemampuan melalui kerjasama dengan rakan kongsi amal, Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation. Sejak tahun 2018, Lotus’s Malaysia telah berjaya mengelakkan dari 2.4 juta kilogram lebihan makanan hinggap di tapak pelupusan sampah, menukarkannya kepada 10.4 juta hidangan makanan, serta merta memberikan lebih 120,000 keluarga akses kepada nutrisi.