Neighborhood surrounding Lotus’s Setia Alam came alive when more than 3,000 participants gathered for Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd’s (Lotus’s Malaysia) first Ceria Charity Run. In partnership with the Ministry of Health (MOH), the run complements the annually celebrated ‘Bulan Malaysia Sihat Sejahtera’ initiative by MOH every September.
Encouraging all Malaysians to live an active, healthier and happier lifestyle, the retailer’s Ceria Charity Run attracted novice and advance runners with its 15KM, 10KM and 5KM shop and collect fun run concept to raise funds for its rural adopted schools. With each registration, RM20 will go to the Lotus’s #KitakanJiran fund to provide students with better access to digital learning while empowering them with the knowledge and skills for success now and in the future.
“The way students are learning these days have changed due to technology, and digital learning have become essential in the education landscape. With the RM100,000 raised through the Lotus’s Ceria Charity Run registrations and from our partners, we will be able to enhance our adopted school student’s learning experience by expanding what is currently taught in the classrooms and giving them the opportunity to create digital representations of their ideas”, said Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
Joining the Lotus’s Executive Committee members to flag off runners were Deputy Health Minister, Yang Berhormat Tuan Lukanisman Awang Sauni.
As a retailer that promotes the use of reusable bags when shopping at their stores, all runners are given a non-woven tee-bag to collect their favourite Lotus’s own brand products such as instant coffee, snacks and more while they run toward the finishing line. A number of known brands like FrieslandCampina (Dutch Lady), Anakku, Suntory (Ribena), Coca-Cola, Unilever, F&N, Ottica Code, Oxford Optical, Sunshine Bread, Nestle, BIG Pharmacy, Gintell, Lionmas Furnisher, Kings Confectionery, Dunkin’ Donuts, Mehko and Ice Watch also took part in the event with booths as well as sponsoring discount vouchers, beverages, bakery and health & beauty products.
Other activities include lucky draws and games with attractive prizes for My Lotus’s members and the public to explore and enjoy at the Race Village like Flavour Frenzy, Recycling Ninja, Harvest Toss, and Guess the Weight. Also available were free health screenings organized by MOH for those who came to the event.
As it’s the retailer’s first charity run event, Lotus’s Malaysia hopes to make this an annual event and attract many more participants in the future to further drive its #KitakanJiran social and lifelong learning efforts.
Kawasan kejiranan sekitar Lotus’s Setia Alam menjadi riuh rendah apabila lebih dari 3,000 peserta berkumpul untuk Ceria Charity Run yang pertama anjuran Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia). Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), larian ini menyempurnakan inisiatif ‘Bulan Malaysia Sihat Sejahtera’ yang disambut setiap bulan September.
Lotus’s Ceria Charity Run menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang aktif, lebih sihat dan lebih ceria. Larian ini menarik minat pelari baru dan mereka yang lebih berpengalaman dengan konsep lari dan kutip sepanjang 15KM, 10KM dan 5KM. Bagi setiap pendaftaran, RM20 akan disalurkan ke dalam dana #KitakanJiran Lotus’s untuk memberikan pelajar-pelajar sekolah angkat Lotus’s di luar bandar akses pembelajaran digital yang lebih baik sambil memperkasakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk lebih berjaya kini dan pada masa hadapan.
“Cara pembelajaran murid pada zaman kini telah berubah disebabkan oleh teknologi, dan pembelajaran digital juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam landskap pendidikan. RM100,000 yang berjaya dikumpulkan melalui pendaftaran Lotus’s Ceria Charity Run dan sumbangan ikhlas dari rakan kongsi kami akan membolehkan Lotus’s meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar sekolah angkat kami dengan mengembangkan apa yang sedang diajar di dalam bilik darjah serta memberikan mereka peluang untuk mencipta dan merepresentasikan idea digital mereka”, kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus's Malaysia.
Turut menyertai ahli Jawatankuasa Eksekutif Lotus’s untuk melepaskan perserta Lotus’s Ceria Charity Run adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Tuan Lukanisman Awang Sauni.
Sebagai sebuah peruncit yang menggalakkan penggunaan beg boleh guna semula semasa membeli-belah di stor mereka, semua peserta diberikan beg tee non-woven untuk mengumpul pelbagai produk kegemaran jenama Lotus’s seperti kopi segera, makanan ringan dan banyak lagi ketika mereka berlari menuju ke garisan penamat. Beberapa jenama terkenal seperti FrieslandCampina (Dutch Lady), Anakku, Suntory (Ribena), Coca-Cola, Unilever, F&N, Ottica Code, Oxford Optical, Sunshine Bread, Nestle, BIG Pharmacy, Gintell, Lionmas Furnisher, Kings Confectionery, Dunkin Donuts, Mehko dan Ice Watch juga turut mengambil bahagian dalam acara ini dengan mendirikan gerai-gerai pameran dan menaja baucar diskaun, minuman, roti dan barangan kesihatan & kecantikan.
Terdapat juga aktiviti-akitiviti lain seperti cabutan bertuah, akitiviti permainan dan hadiah menarik untuk ahli My Lotus’s dan orang ramai untuk diterokai dan dinikmati di Race Village seperti Flavor Frenzy, Recycling Ninja, Harvest Toss dan Guess the Weight. Turut disediakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma anjuran KKM bagi mereka yang datang ke program ini.
Memandangkan ini merupakan acara larian amal yang pertama untuk Lotus’s Malaysia, peruncit itu berhasrat untuk menganjurkan acara ini setiap tahun dan menarik lebih ramai peserta pada masa hadapan untuk memacu lagi usaha sosial dan pendidikan #KitakanJiran.