In conjunction with the national month, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) is set to launch Fiesta Nusantara bersama Lotus’s at five of its outlets, starting from Lotus’s Kajang on Merdeka eve. After two pandemic years, this is the first of its celebration in Lotus’s where communities can converge to experience, taste, and appreciate the country’s melting pot of culture and cuisines in a large scale from 26 August to 4 September 2022.
Visitors will get to enjoy a wide selection of Southeast Asian cuisines from the 80 stalls available and purchase various products that include arts & crafts, accessories, fashion and beauty care. On top of that, this carnival will bring back traditional and cultural heritage that makes Malaysia unique through various activities, and traditional performances for visitors to enjoy and participate in.
“We believe that Fiesta Nusantara bersama Lotus’s is a wonderful platform to have various vendors from different parts of Malaysia who are coming together to promote delicacies and other wonderful products. This carnival will inspire the interest of society and give the younger generation an opportunity to experience the multiculturalism of Malaysia”, said Antony Spillett, Head of Malls, Lotus’s Malaysia.
Antony also added that the purpose of this carnival is to help and support local businesses by giving them an opportunity to expand their reach. With this carnival acting as a platform for the promotion of local culture, local businesses can optimize this chance to diversify and widen their audience.
Fiesta Nusantara with Lotus’s will continue its roadshow to Lotus’s outlets across the country, starting from the central region at Lotus’s Ampang, Lotus’s Puchong, Lotus’s Bukit Beruntung, and Lotus’s Mutiara Damansara. The carnival is free, everyone is welcome to enjoy, immerse and be proud of the colourful culture that has made Malaysia into a food paradise and rich with festivities.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 bagi memupuk semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap produk buatan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus’s Shah Alam hari ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia serta diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Hairol Ariffein Sahari dan Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.
Sebagai tanda sokongan yang berterusan bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan jenama barangan buatan Malaysia, Lotus’s komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyokong, menginovasi, menambah baik dan menggalakkan keupayaan dan kapasiti pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui pengelolaan program B2B yang pesat.
“Selain daripada menjadi platform bagi pengeluar tempatan memperoleh akses pasaran yang lebih luas untuk memajukan perniagaan mereka, kami juga membekalkan perniagaan kecil tempatan atau Kedai Runcit kejiranan dengan barangan pukal pada harga yang sangat kompetitif. Sehingga kini, kami telah mempunyai lebih dari 900 Kedai Runcit yang melanggan kemudahan ini dan usaha kami bagi meluaskan rangkaian ini akan diteruskan”, kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.
Beliau turut menambah bahawa Pasukan Sokongan PKS Lotus’s sentiasa mencari pembekal baru yang berpotensi melalui kerjasama bersama KPDNHEP dan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan HDC.
Bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran produk keluaran tempatan daripada 95 rangkaian PKS nya, Lotus’s juga akan menjalankan pelbagai aktiviti penglibatan media, komunikasi dan promosi dalam pasaraya dan pensampelan produk bagi meraih minat dan kepercayaan pengguna terhadap kualiti, harga barangan buatan Malaysia yang berpatutan bermula dari sekarang sehingga Disember 2022. Kini, pengguna awam boleh menikmati lebih dari 800 produk buatan Malaysia yang mana 400 produk daripadanya disahkan Halal di semua 64 cawangannya di seluruh negeri.
“Sebagai sebuah syarikat peruncitan, kami yakin terhadap kualiti dan keupayaan rangkaian PKS kami. Hal ini terbukti, kerana 90 peratus daripada lebih tiga ribu barangan jenama sendiri Lotus’s diperolehi dan dikilangkan secara tempatan dan kebanyakkannya telah pun menjadi kegemaran pelanggan kami sepanjang masa”, sambung Chuah.
Sebahagian daripada agenda pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus’s, ruangan telah diberi kepada 15 daripada 95 rangkaian PKS Lotus’s yang terlibat bersama lima perusahaan sosial dan NGO untuk mempromosikan produk mereka dan usaha-usaha amal yang dijalankan.
Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha jenama dan produk tempatan, Lotus’s bersama KPDNHEP dan HDC telah menyampaikan sepuluh anugerah kepada Pembekal PKS Lotus’s Terbaik, tiga perlantikan dan pengiktirafan PKS yang baru melalui pensijilan PKS Lotus’s Baru Terbaik, dan lima anugerah kepada PKS yang telah mencatat jualan tertinggi melalui ‘Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ kerjasama bersama HDC.
Selaras dengan semangat #KitakanJiran dan bagi menggalakkan inisiatif yang dijalankan oleh kelima-lima NGO dan usahawan sosial yang terlibat, Lotus’s juga turut menyumbang baucar bernilai RM500 setiap satu kepada mereka.
Selain itu, Lotus’s juga turut berkongsi tentang pengorakkan langkah terbarunya yang bertujuan untuk membangunkan dan memperkasakan generasi usahawan kedai runcit moden di Malaysia. Pelbagai bimbingan perniagaan juga bakal dikongsikan bagi membantu lebih ramai usahawan kedai runcit tempatan untuk berkembang dan mempunyai akses ke pasaran yang lebih luas serta mampu beroperasi dengan lebih menguntungkan.
Lotus’s juga telah melancarkan acara Fiesta Nusantara Bersama Lotus’s. Program ini akan mengumpulkan 80 usahawan tempatan dari seluruh negeri untuk mempromosikan makanan tradisional, seni & kraftangan, aksesori, pakaian dan produk penjagaan kecantikan kepada pengguna di empat cawangannya, iaitu Lotus's Ampang, Lotus's Rawang, Lotus's Semenyih dan Lotus's Shah Alam sehingga ke akhir tahun ini. Orang ramai boleh mengikuti halaman media sosial Lotus’s untuk informasi lanjut dan terkini.
Selanjutnya, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, Lotus’s kini secara aktif menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia melalui inisiatif pengambilan Kru Ceria Lotus’s. Syarikat peruncitan itu juga, telah mengambil langkah mewujudkan persekitaran tempat kerja yang meraikan kepelbagaian budaya dan inklusif dengan menawarkan pekerjaan kepada warga emas, mereka yang kurang upaya dan individu di bawah pengawasan parol untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lotus’s. Lotus’s percaya bahawa setiap orang harus diberi peluang untuk bekerja bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka sendiri disamping menjadi masyarakat yang produktif.
Syarikat peruncitan itu akan terus melabur di Malaysia melalui pembukaan cawangan-cawangan baru yang berlainan format untuk membawa harga patut kepada lebih ramai pengguna disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Lotus’s berharap agar pengguna bukan sahaja melihatnya sebagai pasar raya dan pusat membeli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan yang berkualiti malahan juga sebagai sebuah institusi kejiranan yang prihatin dalam komuniti bagi menyokong pertumbuhan negara yang mampan.