Loading...

MyDebit Je! with your ATM card & Win



TERMA DAN SYARAT

Penganjur & Kelayakan

1.      “Peraduan MyDebit Je & Menang!” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (521419-K)) (“Penganjur’’) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200801035403 (836743-D)) (“Penaja Hadiah”)

2.     Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan MyDebit di Malaysia. Pemegang kad ATM MyDebit tersebut mestilah berumur 18 tahun dan ke atas dan merupakan warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai dokumen/kad pengenalan diri yang sah semasa Tempoh Peraduan (“Peserta”). 

3.     Peserta juga mesti mempunyai akaun yang sah dengan mana-mana institusi kewangan yang aktif, tidak dorman dan dalam kedudukan kewangan yang baik, sepanjang Tempoh Peraduan sehingga selesai penebusan hadiah. 

4.     Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

·       Kakitangan Pihak Penganjur dan Penaja Hadiah (termasuk syarikat bersekutu, anak syarikat atau yang berkaitan dengannya) serta ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau

·       Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau agensi promosi Peraduan bagi Pihak Penganjur dan Penaja Hadiah (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya), dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri).

 

Tempoh Peraduan & Kriteria Kelayakan

1.      Peraduan ini akan berlangsung dari 19 Oktober 2023 sehingga 13 Disember 2023 jam 11:59 malam (Waktu Malaysia) (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan ditolak dan dianggap tidak sah. 

2.     Pembelian minima bernilai RM100 ke atas (di dalam satu resit/transaksi) di semua cawangan Lotus’s dengan menggunakan kad ATM MyDebit sebagai cara pembayaran, dibuat mengikut Tempoh Peraduan yang ditetapkan (dengan slip transaksi yang dicetak dengan jelas) akan layak untuk diambil kira sebagai penyertaan yang sah di dalam Peraduan ini (“Bukti Pembelian”). 

3.     Peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) penyertaan. Setiap SATU (1) slip transaksi (dengan pembayaran RM100 dan ke atas menggunakan transaksi kad ATM MyDebit) layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Setiap pembelian di Lotus’s bernilai RM100 dan ke atas layak untuk 1 penebusan sahaja. Penyertaan Peraduan atau Penebusan eBaucar akan dibatalkan jika slip transaksi yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali. 

4.     Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan adalah tidak sah dan akan dibatalkan. 

5.     Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan / Tempoh Peraduan dengan notis awal. 

6.     Peserta yang terpilih sebagai pemenang (“Pemenang”) adalah diwajibkan untuk mengemukakan Bukti Pembelian sebelum penebusan/penyerahan hadiah boleh disempurnakan. Kegagalan membuat sedemikian akan mengakibatkan pembatalan kemenangan hadiah yang dimenangi oleh Peserta tersebut. 

7.     Peserta perlu menghantar penyertaan mereka melalui aplikasi WhatsApp ATAU melalui aplikasi Whoop app (di muat turun melalui Play Store untuk Android / App Store untuk iOS) (“Mekanisme Peraduan”).

 Cara Penyertaan (1): Melalui aplikasi WhatsApp

  • Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut: 

I. Ambil gambar Bukti Pembelian; 

II. SIMPAN: BUKTI PEMBELIAN (asal);

  • Hantar penyertaan anda melalui aplikasi WhatsApp ke nombor 016 703 6588 
  • Peserta akan mendapat balasan mesej (notis privasi, maklumat peserta, soalan peraduan). 
  • Dengan menghantar penyertaan melalui WhatsApp, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini. 

  • Perhatian: Setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas yang sah (di dalam satu slip transaksi) akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak bagi satu penyertaan (satu slip transaksi untuk satu pernyataan tidak kira berapa jumlah yang dibelanjakan). (Nota: nombor bersiri hanya untuk rujukan Pihak Penganjur sahaja dan ianya tidak akan didedahkan kepada Peserta). 

Cara Penyertaan (2): Melalui aplikasi Whoop app (di muat turun melalui Play Store untuk Android /App Store untuk iOS) 

  • Daftar di Whoop app (pendaftaran untuk kali pertama sahaja) 
  • Klik pada sepanduk Lotus’s “Peraduan MyDebit Je & Menang!”. Setiap penyertaan yang lengkap dan layak hendaklah mengandungi maklumat yang berikut: 

I. Ambil gambar Bukti Pembelian; 

II. Jawab soalan Peraduan dan berikan maklumat yang diperlukan; 

III. SIMPAN: BUKTI PEMBELIAN (asal);

  • Peserta akan mendapat balasan penerimaan mesej Peraduan dengan serta merta. 
  • Dengan menghantar penyertaan melalui Whoop! app, Peserta adalah dianggap telah membaca dan bersetuju pada notis privasi yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat di sini. 

  • Perhatian: Setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas yang sah (di dalam satu slip transaksi) akan diberikan SATU (1) nombor siri secara rawak bagi satu penyertaan (satu slip transaksi untuk satu pernyataan tidak kira berapa jumlah yang dibelanjakan). (Nota: nombor bersiri hanya untuk rujukan Pihak Penganjur sahaja dan ianya tidak akan didedahkan kepada Peserta). 

8.     Peserta dikehendaki mengemukakan bukti pengenalan (kad pengenalan Malaysia) dan Bukti Pembelian semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan Peserta/Pemenang. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

9.     Pemenang akan dipilih berdasarkan proses berikut.

·       Untuk tebusan eBaucar Lotus’s bernilai RM10, setiap pembelian di Lotus’s yang bernilai RM100 dan ke atas akan mendapat menebus eBaucar ini. Tertakluk kepada 30,000 penebusan eBaucar sahaja sementara stok masih ada (tempoh penebusan sah pada 19 Oktober sehingga 13 Disember 2023).

·       Pemilihan Hadiah Utama dan Hadiah Pertama: Pada akhir Tempoh Peraduan keseluruhan, semua penyertaan yang sah akan layak secara automatik berpeluang memenangi Hadiah Utama atau Hadiah Pertama di mana pemilihan pemenang akan mengikuti proses system pemilihan automatic berkomputer berdasarkan jumlah peryertaan sah yang diperolehi di sepanjang Tempoh Peraduan.

10.  Pemenang hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah Utama ATAU SATU (1) Hadiah Pertama semasa Tempoh Peraduan.

11.   Selepas tamat Tempoh Peraduan, sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut (semasa waktu bekerja, Isnin hingga Jumaat), Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Pemenang dan hendaklah memilih Peserta yang layak seterusnya sebagai Pemenang mengikut budi bicara mutlak Penganjur.

 

Hadiah & Penebusan

Hadiah – Penebusan eBaucar Lotus’s bernilai RM10 (jumlah keseluruhan 30,000 penebusan untuk keseluruhan Tempoh Peraduan):

a)    eBaucar tunai Lotus’s bernilai RM10 setiap satu x30,000 unit

       Perhatian: Tarikh luput eBaucar ini ialah 13 Mac 2024. Sila gunakan sebelum Tarikh tersebut.

Hadiah Utama/Pertama (jumlah keseluruhan 10 hadiah untuk keseluruhan Tempoh Peraduan):

a)  Hadiah Utama: Samsung UHD 4K TV x5 pemenang

b)  Hadiah Pertama: Telefon Pintar Samsung Galaxy Z Flip5 x5 pemenang

·       Sejumlah Tiga Puluh Ribu dan Sepuluh (30,010) hadiah untuk dimenangi.

·       Tuntutan eBaucar Lotus’s bernilai RM10 akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja selepas pengesahan (keabsahan) Bukti Pembelian.

·       Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar.

 

1.      Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika berkaitan). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan ejennya tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti, kerugian and kerosakan yang timbul daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir hadiah atau apa-apa keadaan yang tidak diduga di luar kawalan yang munasabah oleh Pihak Penganjur dan untuk apa-apa perbuatan atau keingkaran oleh mana-mana vendor atau pembekal pihak ketiga. 

2.     Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku kepada hadiah semasa proses penebusan.

3.     Penganjur berhak untuk menangguhkan tarikh/menukar tempat bagi menuntut Hadiah yang telah ditentukan sebelum penebusan hadiah pada tarikh dan tempat yang lain sekiranya berlaku apa-apa keadaan yang di luar jangkaan.

4.     Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap segala kos pengangkutan yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penyerahan hadiah. Apa-apa kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan sampingan atau caj yang dikenakan berkaitan dengan penebusan hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

5.     Penyempurnaan hadiah adalah bergantung kepada ketersediaan hadiah. Penganjur akan memaklumkan kepada Pemenang yang dipilih dari semasa ke semasa.

6.     Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai Pemenang dan hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan daripada Peserta tidak akan dilayan.

7.     Pihak Penganjur akan menghubungi Peserta yang Terpilih / Peserta Senarai Pendek melalui maklumat yang dibekalkan semasa proses penghantaran penyertaan.

8.     Semua Pemenang mesti menuntut Hadiah pada tarikh yang ditentukan Pihak Penganjur atau dalam tempoh SATU (1) bulan selepas dihubungi oleh Pihak Penganjur (melalui SMS atau lain-lain bentuk komunikasi). Sekiranya Pemenang (Hadiah Utama/Hadiah Pertama) gagal untuk menuntut Hadiah mereka atau menamakan seorang wakil dalam masa yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah atau memberikan hadiah tersebut kepada Pemenang lain. Pemenang perlulah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk menebus/menerima hadiah mereka.

9.     Sekiranya Pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil Pemenang hendaklah mengemukakan surat wakil kebenaran yang dikeluarkan oleh Pemenang bersertakan salinan dokumen pengenalan diri Pemenang dan juga dokumen pengenalan diri untuk wakil Pemenang yang sah.


Hak Pihak Penganjur

1.      Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Peserta/Pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan apa jua tujuan lain di dalam apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan, tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau bayaran pampasan kepada Pemenang/Peserta. Pemenang/ Peserta tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan hak milik atau lain-lain pampasan terhadap material tersebut.

2.     Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai. Penganjur berhak menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama nilainya mengikut budi bicara mutlaknya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur, agensi, sekutu dan penajanya serta wakil mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecacatan atau penyalahgunaan hadiah, atau kepada sebarang tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan Peraduan ini.

3.     Jika atas apa-apa sebab Peraduan ini tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus komputer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, apa-apa tindakan kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau apa-apa sebab di luar kawalan, Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung Peraduan ini.

4.     Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan / atau penyertaan yang didapati atau disyaki menipu / menggodam / menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini.

5.     Pihak Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya.

6.     Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, arahan dan kaedah Peraduan seperti yang terdapat di laman sesawang https://bit.ly/MyDebitJe-1023 atau sebaliknya, juga akan mengikat semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini.

7.     Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk peraduan ini, terma dan syarat yang terkandung di https://bit.ly/MyDebitJe-1023 akan diguna pakai. Jika terdapat sebarang percanggahan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Terma dan Syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

8.     Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Peraduan.

9.     Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau penerimaan Hadiah) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang/Peserta. Pihak Penganjur, sekutunya, ejen-ejen dilantik atau wakilnya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan ini.

10.  Pihak Penganjur, sekutunya dan/atau pihak ketiga yang dilantik tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, lewat disebabkan atau sebarang kesilapan teknikal.


Liabiliti dan Tanggungjawab

1.      Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya daripada sebarang tuntutan sama ada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan nyawa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain. 

2.     Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan Peraduan ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Peraduan ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dinafikan.

3.     Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan dan semua keputusan yang dibuat oleh Pihak Penganjur.

4.     Penganjur ingin memberi peringatan kepada Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya semasa menerima sebarang panggilan telefon atau mesej yang meminta maklumat peribadi anda semasa dan atau selepas Peraduan. Penganjur juga ingin menasihatkan Peserta kami untuk menghubungi Penganjur untuk pengesahan mengenai Peraduan ini.


Perlindungan Data

1.      Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada bank mereka untuk mendedahkan dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) yang telah ditutupkan dan butir-butir peribadi lain ("Data Peribadi") untuk tujuan menjalankan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengumuman dan penerbitan Data Peribadi dan/atau foto Peserta di laman sesawang Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

2.     Dengan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta juga memberikan persetujuan dan kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk berkongsi atau mengumpul Data Peribadi mereka termasuk dengan pihak ketiga (jika diperlukan) tidak terhad kepada agen Pihak Penganjur atau mana-mana bank peserta MyDebit di Malaysia. Semua pihak ketiga tersebut dikehendaki secara kontrak, tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain daripada cara yang dinyatakan di sini.

3.     Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:

a)    Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat kontak yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan memberikan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan Data Peribadi tersebut;

b)    Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan

c)    Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

 

4.     Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila rujuk laman sesawang Pihak Penganjur di https://bit.ly/MyDebitJe-1023 atau menghubungi talian pelanggan Penganjur di +603 7886 5886 dari Isnin – Jumaat, 9pg – 5ptg.

5.     Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan Data Peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data daripada pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

6.     Apa-apa perkara berkaitan Data Peribadi yang berhubung kait dengan Peraduan ini akan ditadbir dan diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan apa-apa undang-undang yang berkaitan di Malaysia.



TERMS AND CONDITIONS 

Organiser & Qualifications 

1.      “MyDebit Je & Menang! Contest” (“Contest”) is organized by Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (521419-K)) (“The Organiser’) in collaboration with Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“PayNet”) (Company No.:200801035403 (836743-D)) (“Prize Sponsor’). 

2.     The Contest is open to all MyDebit Automated Teller Machine (“ATM”) card members issued by a financial institution in Malaysia. The MyDebit ATM card holder must be 18 years old and above and a Malaysian citizen or a permanent resident with a valid document/personal identification during the Contest Period (“Participant”). 

3.     The Participant must have a valid account with any active financial institution, not dormant and must be in good financial standing during the Contest Period as well as up to the redemption of prizes. 

4.     Individuals listed below are not eligible to participate in this Contest: 

  •       Employees of the Organiser and Prize Sponsor (including its associates, subsidiaries or related thereto) and their immediate family members (children, parents, siblings, including spouses); and/or 
  •      Representatives, employees and/or the advertising agencies or promotional agencies of the Organiser and Prize Sponsor (including its associate and related companies), and their immediate family members (children, parents, siblings, spouses). 

 

·   Contest Period & Entry Criteria 

1.      This Contest will commence from 19 October 2023 until 13 December 2023 at 11:59 PM (Malaysian Time) ("Contest Period"). Any entries received beyond the Contest Period will be rejected and deemed invalid. 

2.     A minimum purchase of RM100 and above (in a single receipt/transaction) at all Lotus’s outlets using MyDebit ATM card as the payment method, within the stipulated Contest Period (with a clearly printed transaction slip) will be eligible as a valid entry for this Contest (“Proof of Purchase”). 

3.     The Participant may send more than ONE (1) entry. Each ONE (1) transaction slip (with a payment of RM100 and above using a MyDebit ATM card as mode of payment) is eligible for ONE (1) entry only and can only be used once. Every purchase at Lotus's worth RM100 and above is eligible for 1 redemption only. Participants’ entries or eVoucher redemption will be forfeited if the same transaction slip is used for more than ONE (1) time.

4.     Entries received beyond the stipulated Contest Period will be deemed invalid and will be forfeited. 

5.     The Organiser reserves the right to amend, extend or terminate the Contest/Contest Period with prior notice. 

6.     Participant who has been selected as a winner (“Winner”) is required to submit their Proof of Purchase before the redemption/fulfillment of the prize can be completed. Failure to do so would result in the cancellation of the prize(s) won by the Participant. 

7.     Participants can submit their entries via WhatsApp application OR via Whoop app (downloadable via Play Store for Android OR App Store for iOS) (“Contest Mechanism”). 

     How to Participate (1): via WhatsApp 

  •         Each valid and complete entry must contain the following information: 

                   I.         A photo of the Proof of Purchase; 

                 II.         RETAIN: PROOF OF PURCHASE (original).

  •          Submit your entry via WhatsApp application to 016 703 6588

    •      Participants will receive a reply message (with information relating to privacy notice, contest question, participant’s info).