Loading...

MyDebit Je! with your ATM card & Win

Live: 2022-10-01 Expiry: 2023-01-01

TERMA DAN SYARAT 

Penganjur & Kelayakan

1.          “MyDebit Je! With your ATM Card at Lotus’s & Win” [“Peraduan”] dianjurkan bersama oleh Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200001018812 (5291419-K)) (“Lotus’s”) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 200801035403 (836743-D)) (“PayNet”) [kedua-dua pihak dirujuk sebagai “Penganjur”].

2.          Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Mesin Pengeluaran Wang Automatik [“ATM”] MyDebit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan terlibat yang menawarkan khidmat MyDebit di Semenanjung Malaysia SAHAJA. Pemegang kad tersebut mestilah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang memegang kad pengenalan yang sah (NRIC) nombor (12-digit) dan mestilah    berumur 18 tahun ke atas pada tempoh penyertaan [“Peserta”]. Peserta juga hendaklah mempunyai akaun sah dengan mana-mana institusi kewangan di Malaysia yang telah dinyatakan di atas dan akaun tersebut hendaklah aktif dengan kedudukan kewangan yang baik serta tidak dorman sepanjang tempoh Peraduan sehingga selesai penebusan hadiah.

3.          Individu/entiti yang dinyatakan di bawah tidak dibenarkan untuk menyertai Peraduan ini:

  • Pekerja Pihak Penganjur [termasuk rakan sekutu, anak syarikat atau yang berkaitan) dan ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing); dan/atau
  • Wakil, pekerja dan/atau ejen pengiklanan atau ejen promosi Pihak Penganjur [termasuk pihak dan syarikat berkaitan], dan ahli keluarga terdekat mereka [ibu bapa, pasangan, anak, adik-beradik dan suami isteri masing-masing].


Tempoh Peraduan & Kriteria Penyertaan


4.          Peraduan ini akan bermula dari 1 Oktober 2022 (tarikh mula Peraduan), 12:01 AM sehingga 31 Disember 2022 (tarikh tamat Peraduan), pada 11:59 PM (Waktu Malaysia) ["Tempoh Peraduan"].

5.          Sebarang penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan ditolak dan dianggap tidak sah. Peserta hendaklah menghantar penyertaan dengan resit pembelian dalam tempoh peraduan dan perlu mengikut jadual di bawah untuk layak menyertai cabutan bulanan:

  • Tempoh Pertama Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 31 Oktober 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
  • Tempoh Kedua Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 November sehingga 30 November 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 30 November 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
  • Tempoh Ketiga Peraduan: Pembelian yang dibuat di antara 1 Disember sehingga 31 Disember 2022. Tarikh penyertaan terakhir: 31 Disember 2022, 11.59 PM (Waktu Malaysia).
  • Penyertaan tidak akan dibawa ke hadapan pada tempoh peraduan seterusnya.

6.          Hanya pembayaran/transaksi yang dibuat menggunakan kad ATM MyDebit akan diterima untuk Peraduan ini.

7.          Jika atas sebarang alasan Peraduan ini tidak mampu diteruskan seperti dirancang (dan tidak terhad) kerana alasan seperti virus komputer, penggodaman, pencerobohan, penipuan, kegagalan teknikal, sebarang tindakan kerajaan tidak terhad kepada perintah kawalan pergerakan atau sebab lain yang di luar kawalan Penganjur, Pihak Penganjur berhak untuk menggugurkan, menangguhkan, mengubah suai, melanjutkan atau menamatkan Peraduan ini mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.


Cara Penyertaan

8.          Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta hendaklah:

Langkah 1: Buat pembelian minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan Lotus’s Malaysia menggunakan kad ATM MyDebit sebagai mod pembayaran yang dibuat dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2: Ambil gambar salinan resit transaksi yang asli (akan dianggap sebagai penyertaan yang sah) [“Bukti Pembelian”].

Sertakan gambar resit dan tandakan bahagian yang menunjukkan kad ATM Mydebit digunakan.

Langkah 3: Hantarkan penyertaan Peraduan anda ke

i.          Nama penuh

ii.          Nombor telefon

iii.          Alamat emel

iv.         Gambar Bukti Resit Pembelian

Contoh: Hantar “<MyDebit Je> Rashid Abdullah Amin 0121234567 rashid@mail.com” 


              ke 017-6010938 melalui WhatsApp.

 

9.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca dan setuju dengan notis privasi yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.

10.          Setiap Bukti Pembelian hanya boleh digunakan sekali sepanjang Tempoh Peraduan. Penyertaan Peserta akan dibatalkan jika Bukti Pembelian didapati digunakan lebih dari SATU (1) kali. Jika lebih dari seorang Peserta didapati menggunakan Bukti Pembelian yang sama untuk menyertai peraduan ini, kedua-dua penyertaan Peserta tersebut akan dibatalkan serta-merta.

11.          Peserta dibenarkan menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka suka. Setiap Peserta hanya layak memenangi SATU (1) Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Jika peserta pernah memenangi mana-mana hadiah utama daripada peraduan MyDebit Lotus’s dan PayNet terdahulu dalam tahun yang sama (2022), Peserta tidak layak untuk pemilihan pemenang hadiah utama.

12.          Pendaftaran/penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan dari Peraduan.

13.          Pihak Penganjur boleh menyingkirkan dan/atau membatalkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan jika didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyogok proses penyertaan Peraduan, pelaksanaan Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan mengikut budi bicara tunggal dan mutlak. Bagi mengelakkan kekeliruan, ia termasuklah situasi Peserta yang cuba menghantar penyertaan menggunakan nama yang berbeza atau melalui wakil untuk memintas had hadiah dalam syarat ke 11 di atas. 


Pemilihan Pemenang

14.          Setiap penyertaan sah yang ke-50 akan disenarai pendekkan untuk berpeluang memenangi Hadiah. [“Peserta Yang Terpilih”].

15.          Pemenang Hadiah Bulanan: Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp selepas setiap tempoh peraduan bagi 3 bulan tersebut untuk menyertai kuiz bagi menentukan hadiah bulanan yang akan mereka menangi. Kuiz tersebut mempunyai 1 soalan.

Peserta yang disenarai pendek dengan jawapan paling tepat yang diterima oleh Penganjur melalui WhatsApp akan memenangi hadiah bulanan tersebut.

Peserta dalam senarai pendek yang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp dan/atau tidak menghantar jawapan kuiz ketika Sesi Kuiz akan dibatalkan daripada Peraduan.

16.          Pemenang Hadiah Utama: Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp selepas setiap tempoh peraduan bagi 3 bulan tersebut untuk menyertai kuiz bagi menentukan hadiah utama yang akan mereka menangi. Kuiz tersebut mempunyai 1 soalan.

Peserta yang disenarai pendek dengan jawapan paling tepat yang diterima oleh Penganjur melalui WhatsApp akan memenangi hadiah utama tersebut.

Peserta dalam senarai pendek yang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp dalam tempoh 72 jam dan/atau tidak menghantar jawapan kuiz ketika Sesi Kuiz akan dibatalkan daripada Peraduan.

17.          Bagi mengelakkan sebarang keraguan, hanya Penyertaan yang dihantar dalam Tempoh Peraduan dan yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam Terma dan Syarat layak memenangi salah SATU (1) daripada hadiah. Jika peserta pernah memenangi mana-mana hadiah utama daripada peraduan MyDebit Lotus’s dan PayNet terdahulu dalam tahun yang sama (2022), Peserta tidak layak untuk pemilihan pemenang hadiah utama.

18.          Peserta Yang Terpilih akan dihubungi oleh Penganjur berdasarkan maklumat yang diberikan ketika proses penyertaan.

19.          Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur berkaitan Peraduan ini, termasuk dan tidak terhad kepada, menyenarai pendek, pemilihan pemenang, hadiah dan pelucutan hadiah adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Pemilihan Pemenang tertakluk kepada kelayakan penyertaan dan kriteria yang ditetapkan mengikut budi bicara tunggal Penganjur.


 Hadiah

Hadiah Utama (1 Oktober sehingga 31 Disember 2022)

Jenis

Hadiah

Bilangan Pemenang

Tempoh Peraduan

Hadiah Utama

Perodua Myvi 1.3L G

(Warna rawak bergantung kepada stok) (Tidak termasuk fi pendaftaran, cukai jalan dan insurans/takaful)

3

1 Okt sehingga 31 Dis 2022



Hadiah Bulanan #1 (1 Oktober sehingga 31 Oktober 2022)

Jenis

Hadiah

Bilangan Pemenang

Tempoh Peraduan

Hadiah Pertama

Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L

2

1 Okt sehingga 31 Okt 2022

Hadiah Kedua

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Okt sehingga 31 Okt 2022

Hadiah Ketiga

Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY

6

1 Okt sehingga 31 Okt 2022

Hadiah Sagu Hati

eBaucar Lotus’s (RM200)

90

1 Okt sehingga 31 Okt 2022



Hadiah Bulanan #2 (1 November sehingga 30 November 2022)

Jenis

Hadiah

Bilangan Pemenang

Tempoh Peraduan

Hadiah Pertama

Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L

2

1 Nov sehingga 30 Nov 2022

Hadiah Kedua

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Nov sehingga 30 Nov 2022

Hadiah Ketiga

Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY

6

1 Nov sehingga 30 Nov2022

Hadiah Sagu Hati

eBaucar Lotus’s (RM200)

90

1 Nov sehingga 30 Nov2022



Hadiah Bulanan #3 (1 Disember sehingga 31 Disember 2022)

Jenis

Hadiah

Bilangan Pemenang

Tempoh Peraduan

Hadiah Pertama

Peti Sejuk Pintu Bersebelahan dengan Hab Keluarga Samsung 660L

2

1 Dis sehingga 31 Dis 2022

Hadiah Kedua

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Dis sehingga 31 Dis 2022

Hadiah Ketiga

Projektor Pawagam Rumah Pintar LUMOS RAY

6

1 Dis sehingga 31 Dis 2022

Hadiah Sagu Hati

eBaucar Lotus’s (RM200)

90

1 Dis sehingga 31 Dis 2022


20.           Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan duit (jika ada). Penganjur berhak menggantikan hadiah dengan nilai yang sama mengikut budi bicara tunggal dan mutlak.

 

21.        Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur, agensi, ahli gabungan, penaja dan wakil tidak bertanggungjawab terhadap kekurangan atau salah guna hadiah, atau terhadap mana-mana tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang berkaitan Peraduan.

 

22.         Peserta dikehendaki menyediakan dokumen pengenalan yang sah ketika atau sebelum penebusan hadiah. Ini bertujuan untuk mengesahkan identiti Peserta/Pemenang Peraduan. Bukti Pembelian yang pudar atau rosak akan dianggap tidak sah dan akan dibatalkan.

 

23.         Gambar hadiah yang tertera dalam mana-mana bahan promosi, iklan, publisiti dan bahan lain berkaitan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan mungkin tidak menggambarkan hadiah sebenar.

 

24.          Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika ada). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan agen-agen tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada mana-mana penangguhan, pembatalan, kelewatan, atau perubahan kepada perincian hadiah atau mana-mana keadaan tidak diduga yang di luar kawalan Penganjur dan mana-mana tindakan atau kegagalan oleh vendor atau pembekal pihak ketiga.



Penebusan Hadiah 

Pemenang dikehendaki menebus Hadiah di Pejabat Penganjur. Berikut adalah butiran Pejabat Penebusan Hadiah:

IDOTYOU Sdn Bhd (Pejabat Agensi Penganjur)

Unit F2 & F3, Tingkat 1, Lot 7, Jalan 51A/243, Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Nombor Telefon: 017-6010938 (Isnin - Jumaat 8am hingga 4pm kecuali hari cuti umum)

Emel: mydebitje@lotuss.com


25.          Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kos pengangkutan berkaitan penebusan dan/atau penghantaran hadiah. Sebarang kos tambahan, duti, cukai, dan/atau perbelanjaan sampingan atau bayaran yang dikenakan terhadap hadiah adalah tanggungjawab mutlak Pemenang.

26.          Pemenang perlu menuntut hadiah daripada Penganjur dalam tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan oleh Penganjur (melalui emel dan/atau WhatsApp atau saluran komunikasi lain). Jika Pemenang gagal menuntut hadiah atau menghantar wakil dalam waktu yang ditetapkan, Penganjur berhak mengambil semula hadiah dan memberikannya kepada Pemenang lain. Pemenang perlu menunjukkan dokumen pengenalan yang sah untuk menuntut/menerima hadiah mereka.

27.          Pemenang yang memerlukan wakil bagi pihak mereka perlu memastikan wakil mereka menyediakan surat kebenaran yang disahkan oleh Pemenang bersama-sama dengan salinan dokumen pengenalan diri Pemenang dan wakil yang sah.

28.          Penganjur akan menghubungi pemenang hadiah utama untuk proses pengambilan hadiah. Pemenang hadiah utama perlu ke mana-mana cawangan Lotus's berhampiran dan mengambil gambar mereka bersama kereta yang dimenangi di hadapan Lotus's. Gambar tersebut hendaklah dihantar kepada Penganjur untuk kegunaan media dan akhbar.

29.          Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal (jika ada). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur dan agen-agen tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti yang timbul daripada mana-mana penangguhan, pembatalan, kelewatan, atau perubahan kepada perincian hadiah atau mana-mana keadaan tidak diduga yang di luar kawalan Penganjur dan mana-mana tindakan atau kegagalan oleh vendor atau pembekal pihak ketiga.

30.          Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku ketika proses penebusan/penghantaran hadiah. Sebarang kos tambahan (sebagai contoh: perbelanjaan perjalanan, bayaran penghantaran) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah perlu dibiayai sepenuhnya oleh Pemenang.

31.          Penganjur berhak menunda tarikh dan tempat penebusan hadiah yng telah ditetapkan ke tarikh yang lain jika berlakunya sesuatu yang tidak diduga.

32.          Penyampaian hadiah adalah tertakluk pada ketersediaan hadiah dan Penganjur akan memaklumkan Pemenang dari semasa ke semasa.

33.          Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama dengan budi bicara mutlaknya.

34.          Keputusan yang dibuat oleh Penganjur berkaitan Peraduan termasuk tapi tidak terhad kepada pemilihan Pemenang dan hadiah adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.

 35.          Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Terma dan Syarat di sini, semua hadiah tidak terlibat atau tidak menaja dalam apa-apa cara sekalipun dengan Peraduan ini di mana Peraduan ini dianjurkan sepenuhnya oleh Penganjur.

 

Hak-Hak Penganjur

36.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur menggunakan mana-mana gambar dan/atau bahan-bahan lain yang diterima sepanjang Peraduan (termasuk nama Peserta, alamat emel, nombor telefon, gambar dan lain-lain) untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan komunikasi tanpa pampasan terhadap Peserta, pengganti atau penerima serah hak, atau mana-mana entiti lain.

37.          Penganjur berhak meminda Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara tunggal dan mutlak dengan notis.

38.          Sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini, sebarang arahan atau peraturan Peraduan yang terdapat di https://www.lotuss.com.my/en/mylotuss/privacy-policy akan terikat dengan semua Peserta dalam penyertaan mereka di dalam Peraduan ini.

 39.          Sekiranya terdapat percanggahan dalam Terma dan Syarat ini dan mana-mana terma yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi untuk Peraduan ini, terma yang terdapat di  https://www.lotuss.com.my/en/mylotuss/privacy-policy akan digunapakai.

 40.          Sekiranya terdapat percanggahan Terma dan Syarat antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 41.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik untuk mengumpul, menyimpan, dan memproses butiran peribadi Peserta bagi tujuan Peraduan ini.

42.          Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, bayaran internet, kos peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau sebarang perbelanjaan yang ditimbul oleh Peserta berkaitan Peraduan ini (sama ada tujuan menyertai, menghantar penyertaan atau menerima faedah atau hadiah dari Penganjur) adalah di bawah tanggungjawab mutlak Peserta/Pemenang. Penganjur, ahli gabungan atau ejen berdaftar tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kos/ bayaran/ perbelanjaan tesrsebut. 

43.          Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur, ahli gabungan atau pihak ketiga yang berdaftar tidak akan menerima kekurangan dalam penyertaan, termasuk tapi tidak terhad kepada kehilangan, kerosakan, kelewatan, atau sebarang kesilapan teknikal.

44.          Penganjur ingin mengingatkan Peserta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika menerima panggilan telefon atau mesej yang meminta butiran peribadi Peserta ketika dan/atau selepas Peraduan. Penganjur juga ingin menasihati Peserta yang dihargai untuk menghubungi Penganjur bagi mendapatkan pengesahan berkaitan Peraduan.


Liabiliti dan Tanggungjawab

45.          Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta dan Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang liabiliti yang timbul akibat kecuaian atau kegagalan dalam penyertaan Peraduan ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan hadiah, Peserta dan Pemenang bersetuju untuk melepaskan Penganjur dan agensi daripada sebarang tuntutan daripada liabiliti tersebut.

 46.          Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk agensi pihak ketiga yang bekerja dengan Penganjur bagi tujuan Peraduan ini) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat kecuaian atau kegagalan Peserta berkaitan Peraduan ini.

 47.          Dengan menertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dengan semua Terma & Syarat Peraduan dan semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

 48.          Semua Terma dan Syarat ini berpandukan undang-undang Malaysia dan di bawah kuasa mahkamah Malaysia. 


Notis Privasi

49.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama, nombor Kad Pengenalan (IC) yang ditutup dan maklumat peribadi lain [“Data Peribadi”] untuk tujuan Peraduan, termasuk tapi tidak terhad kepada mengumumkan dan menyiarkan Data Peribadi dan/atau gambar Peserta di laman sesawang Penganjur untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.

50.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan bank mereka untuk berkongsi dan mendedahkan Data Peribadi mereka kepada Penganjur untuk perkara berkaitan Peraduan termasuk dan tidak terhad kepada pemilihan Pemenang (jika ada).

51.          Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan membenarkan Penganjur menggunakan khidmat pihak ketiga termasuk tapi tidak terhad kepada mana-mana institusi kewangan untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga perlu secara kontrak, untuk tidak menggunakan Data Peribadi Peserta selain yang dinyatakan di sini.

52.          Di bawah undang-undang Malaysia, hak-hak peserta meliputi:

Hak untuk menarik persetujuan bagi penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur melalui maklumat di bawah dengan memberikan nama Peserta dan alamat emel kepada Penganjur untuk penghapusan Data Peribadi yang disebut;

Hak untuk mendapatkan salinan Data Peribadi yang dipegang oleh Penganjur; dan

Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat.

53.          Peserta boleh merujuk kepada laman sesawang Penganjur di https://www.lotuss.com.my/en atau hubungi talian bantuan Penganjur di  lotusshelpline@lotuss.com.my atau 1300131313 dari Isnin - Jumaat;, 9:00 AM – 6:00 PM untuk sebarang maklumat tentang perlindungan data dan hak undang-undang.

54.          Penganjur akan mengambil tindakan berjaga-jaga bagi menyimpan Data Peribadi Peserta agar selamat, dan menghendaki pemproses dari pihak ketiga juga untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika diperlukan oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau arahan mahkamah.

55.          Sebarang perkara Data Peribadi berkaitan Peraduan ini akan ditentukan dan ditadbir mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain di Malaysia.


TERMS AND CONDITIONS 

Organizer & Qualifications

 

1.          “MyDebit Je! With your ATM Card at Lotus’s & Win” [“Contest”] is jointly organized by Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Company No.: 200001018812 (5291419-K)) (“Lotus’s”) and Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Company No: 200801035403 (836743-D)) (“PayNet”) [both parties hereinafter referred to as “The Organizer”].

 2.          The Contest is open to all MyDebit Automated Teller Machine [“ATM”] card holders issued by participating financial institutions offering MyDebit services in West Malaysia ONLY. The mentioned card holders must be a permanent resident in Malaysia or a Malaysian citizen who is 18 years of age and above and has a valid identification card during the Contest Period [“Participant/(s)”].  The Participant must also have a valid account with any of the above-mentioned financial institution in Malaysia and the account must be active with a good financial standing and not dormant during the entire Contest Period until the completion of the redemption of prizes.

 3.          Individuals listed below are not eligible to participate in this Contest:

Employees of the Organizer [including its associates, subsidiaries or related thereto] and their immediate family members [children, parents, siblings, including spouses]; and/or

Representatives, employees and/or the advertising agencies or promotional agencies of the Organizer [including its associated and related companies], and their immediate family members [children, parents, siblings, spouses].


Contest Period & Entry Criteria

4.          The Contest will commence from 1 October 2022 (Contest start date), 12:01 AM until 31 December 2022 (Contest end date), at 11:59 PM (Malaysian Time) ["Contest Period"].

 

5.           Any entries received beyond the Contest Period will be rejected and deemed invalid. Participant is required to submit entries with purchase receipts dated within the contest duration, and must follow the schedule below to be entitled for the draw of the month:

  • First Contest Duration: Purchases made in between 1 October to 31 October 2022. Last entry submission date: 31 October 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
  • Second Contest Duration: Purchases made in between 1 November to 30 November 2022. Last entry submission date: 30 November 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
  • Third Contest Duration: Purchases made in between 1 December to 31 December 2022. Last entry submission date: 31 December 2022, 11.59 PM (Malaysian Time).
  • Submission will not be carried forward to the subsequent contest period.

 

6.            Only payments/transactions made using MyDebit ATM card will be accepted for this Contest.

 

7.            If for any reason this Contest is unable to proceed as planned for (and not limited) reasons such as computer virus, hacking, unauthorized intervention, fraud, technical failure, any acts of government not limited to movement control order or any other reason beyond the Organizer control, the Organizer reserves the right, in its sole discretion, to terminate, postpone, modify, extend or suspend this Contest at its sole and absolute discretion.


How to Participate

 8.            To participate in the Contest, Participant must:

Step 1: Make a minimum purchase of RM100 in a single receipt at any Lotus’s Malaysia Stores using MyDebit ATM card as a mode of payment made within the Contest Period.

 Step 2:

Take a snapshot of your original printed transaction receipt to be regarded as a valid entry [“Proof of Purchase’]).

Insert sample receipt picture and highlight which area indicates they have used MyDebit ATM card.

 Step 3:

Submit your Contest entry with <MyDebit Je> followed by the following details to Lotus’s WhatsApp number (017-6010938):

i.            Full Name

ii.            Contact Number

iii.            Email Address

iv.            Picture of Proof of Purchase

Example: Send “<MyDebit Je> Rashid Abdullah Amin 0121234567 rashid@mail.com


to 017-6010938 via WhatsApp.


9.            By submitting the entry in this Contest, the Participant is deemed to have read and agreed to the privacy notice set forth in the Terms and Conditions herein. 

10.            Each Purchase Receipt can only be used once throughout the Contest Period. The Participant(s) entries will be disqualified in the event where the Purchase Receipt is used for more than ONE (1) time. If more than one Participant is found to be using the same Purchase Receipt to enter the contest, both Participants will be immediately disqualified.

11.            Participants are allowed to submit as many entries as they like. Each Participant is only eligible to win ONE (1) prize throughout the Contest Period. If the Participant has won any grand prize from the previous Lotus’s and PayNet MyDebit contests in the same year (2022), then the Participant will not qualify for the grand prize winner selection.

12.            Incomplete registrations/entries will be disqualified from the Contest.

13.            The Organizer at its sole discretion may remove and/or disqualify any Participant and/or entries if found or suspected of cheating/hacking/tampering with the Contest submission process, the operation of this Contest or in violation of any Terms and Conditions of the Contest. For the avoidance of doubt, this shall include situation(s) where the Participant attempts to submit an entry using a different name or via a proxy to circumvent the prize limit in Condition 11 above.


Winners Selection

14.            Every 50th valid entry will be shortlisted to be in the running for the prizes [“Shortlisted   Participants”].

15.            Monthly Prizes winners: Shortlisted Participants will be contacted via WhatsApp after each of the contest duration of the 3 months to take part in a quiz to determine the monthly prizes they are winning. The quiz consists of 1 question.

The Shortlisted Participants with the most accurate answers received in the fastest time by the Organizer via WhatsApp during Quiz Time will win the monthly prizes.

Shortlisted Participants who are not contactable via WhatsApp and/or did not submit their quiz answers during Quiz Time will be disqualified from winning in this Contest.

16.            Grand Prizes winners: Shortlisted Participants from the 3 months of contest duration will be contacted via WhatsApp after the contest period to take part in a quiz to determine the grand prizes they are winning. The quiz consists of 1 question.

The Shortlisted Participants with the most accurate answers received in the fastest time by the Organizer via WhatsApp during Quiz Time will win the Grand Prizes.

Shortlisted Participants who are not contactable via WhatsApp within 72 hours and/or did not submit their quiz answers during Quiz Time will be disqualified from winning in this Contest.

17.            For the avoidance of any doubts, only entries submitted within the Contest Period that meet the requirements specified in this Terms and Conditions may be eligible to win ONE (1) of the prizes. If the Participant has won any Grand Prize from the previous Lotus’s & PayNet MyDebit contests in the same year (2022), the Participant will not qualify for the Grand Prize winner selection.

18.            The Selected Participants will be contacted by the Organizer based on the contact information supplied during their entry submission process.

19.            All decisions made by the Organizer in relation to this Contest, including but not limited to, shortlisting, winner selection, prizes and forfeiture of prizes are final. Any correspondence or appeal will not be entertained. The selection of the winner is subject to the entry eligibility and criteria specified and determined at the Organizer’s sole discretion.


Prizes

Grand Prizes (1 October to 31 December 2022)

Type

Prize

Number of Winners

Contest Period

Grand Prize

Perodua Myvi 1.3L G

(Random color based on stock availability. Exclusive of registration fee, road tax & insurance/takaful)

3

1 Oct to 31 Dec 2022


Monthly Prizes #1 (1 October to 31 October 2022)

Type

Prize

Number of Winners

Contest Period

1st Prize

Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator

2

1 Oct to 31 Oct 2022

2nd Prize

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Oct to 31 Oct2022

3rd Prize

LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector

6

1 Oct to 31 Oct2022

Consolation Prize

Lotus’s eVouchers (RM200)

90

1 Oct to 31 Oct2022

Monthly Prizes #2 (1 November to 30 November 2022)

Type

Prize

Number of Winners

Contest Period

1st Prize

Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator

2

1 Nov to 30 Nov 2022

2nd Prize

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Nov to 30 Nov 2022

3rd Prize

LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector

6

1 Nov to 30 Nov2022

Consolation Prize

Lotus’s eVouchers (RM200)

90

1 Nov to 30 Nov2022


Monthly Prizes #3 (1 December to 31 December 2022)

Type

Prize

Number of Winners

Contest Period

1st Prize

Samsung 660L Side by Side with Family Hub Refrigerator

2

1 Dec to 31 Dec 2022

2nd Prize

Samsung Galaxy Tab S8 128GB

6

1 Dec to 31 Dec 2022

3rd Prize

LUMOS RAY Smart Home Cinema Projector

6

1 Dec to 31 Dec 2022

Consolation Prize

Lotus’s eVouchers (RM200)

90

1 Dec to 31 Dec2022


20.            Prizes are not transferrable nor exchangeable for cash (if any). The Organizer shall be entitled to replace the prizes with other prizes of the same value at its sole and absolute discretion.

 21.            To the extent permitted by the law, the Organizer, its agencies, affiliates, sponsors, and their representatives shall not be liable for any defects or misuse of the prizes, or to any claims, liabilities, losses, or damages in connection with this Contest.

 22.            Participant is required to provide valid identification document during or prior to prizes redemption. This is to validate the identity of the Contest’s Participant/winner. Proof of Purchase which is faded or damaged will be deemed invalid and will be disqualified.

 23.            Images of the prizes shown in any promotional materials, advertisements, publicities and other materials relating to this Contest are solely for illustrative purposes only and may not depict the actual prizes.

 24.            Prizes are subjected to the terms and conditions set by the supplier (if applicable). To the extent permitted by law, the Organizer and its agents are not responsible for all liabilities arising from any deferment, cancellation, delay or changes to the prizes details or any unforeseen circumstances beyond the reasonable control of the Organizer and for any act or default by any vendor or third party supplier.


Prizes Redemption

 Winners are required to redeem the prizes from The Organizer’s Office. Below are the prize redemption office details:

 IDOTYOU Sdn Bhd (The Organizer’s Agency Office)

Unit F2 & F3, 1st Floor, Lot 7, Jalan 51A/243, Seksyen 51A, 46100, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Contact Number: 017-6010938 (Mon-Fri 8am to 4pm excluding public holidays)

Email: mydebitje@lotuss.com  

 

25.            The Organizer shall not be liable for any transportation costs in connection with the redemption and/or delivery of the prizes. Any additional costs, duties, taxes and/or incidental expenses or charges imposed in respect of the prizes are solely borne by the winner.

 26.            Winners must claim their prizes from the Organizer within the time and date advised by the Organizer (via email and/or WhatsApp or any other communication channels). In the event the winner fails to claim the prizes or nominate a representative within the stipulated time, the Organizer reserves the right to forfeit the prizes and award the prizes to another winner. Winner must present a valid identification document to redeem/receive their prizes.

 27.            Winners that require a representative to claim their prizes on their behalf must ensure that their representative provide a letter of authorization issued by the winner along with a copy of the winner’s and the representative’s valid identification documents.

 28.            The Organizer will contact the grand prize winners for prize collection arrangement. Upon collection, grand prize winners are required to visit any Lotus’s store near them, take a photo of themselves with the car in front of the Lotus’s store, and submit it to the Organizer for media and press purposes.

 29.            Prizes are subjected to the terms and conditions set by the supplier (if applicable). To the extent permitted by law, the Organizer and its agents are not responsible for all liabilities arising from any deferment, cancellation, delay or changes to the prizes details or any unforeseen circumstances beyond the reasonable control of the Organizer and for any act or default by any vendor or third party supplier.

 30.            To the extent permitted by law, the Organizer shall not be liable for any loses or damages which occur during the prizes redemption/delivery process. Any other additional costs (for example: travel expenses, delivery charges) involved to redeem or to collect the prizes shall be fully borne by the Winner.

 31.            The Organizer reserves the right to postpone the date and place for prizes redemption that has been determined to a later date in the event of any unforeseen circumstances.

 32.            The prizes fulfillment will be subjected to the availability of these prizes in which the Organizer will notify the winner from time to time.

 33.            The Organizer reserves the right to substitute any of the prize(s) for a prize(s) of similar value at its absolute discretion. 

34.            Decisions made by the Organizer in connection with the Contest including but not limited to the selection of winner and the prizes are final, conclusive and binding. Any correspondences, inquiries, appeal or objection from the Participant shall not be entertained.

35.            Unless otherwise stated in this Term and Conditions, all prizes listed are not associated or sponsored in any whatsoever way with this Contest, which is solely organized by the Organizer.

 


Rights of the Organizer

36.            By participating in this Contest, the Participants grant the Organizer the right to use any photos and/or other materials received during the Contest (including the Participants’ name, email addresses, contact numbers, photos, etc.) for advertising, marketing and communication purposes without compensation to the Participants, his or her successors or assigns, or any other entity.

 37.            The Organizer reserves the right to amend the Contest Terms and Conditions at any time at its sole and absolute discretion with prior notice.

 38.            In addition to these Terms and Conditions, any other order or rules of the Contest as stated at https://www.lotuss.com.my/en/mylotuss/privacy-policy shall also bind all Participants in their participation in this Contest.

 39.            In the event of any inconsistency between these Terms and Conditions and any terms contained in any promotional materials for this Contest, the terms contained at https://www.lotuss.com.my/en/mylotuss/privacy-policy  shall prevail.

 40.            If there is a conflict between these Terms and Conditions with the Malay language version, the English language version shall prevail.

 41.            By participating in the Contest, the Participant give their consents to the Organizer or any third party appointed by the Organizer to collect, store, and process the Participant's personal data for the purpose of this Contest only.

 42.            Unless stated otherwise, all transportation cost, internet charges, personal costs and/or any other costs, fees and/or any kind of expenses incurred by the Participant in connection with this Contest (whether for the purpose of joining, participating in or receiving any benefit or prizes from the Contest) are at the sole responsibility of the Participant/winner. The Organizer, its affiliates or authorized agents shall accept no responsibility whatsoever for those costs/ charges/fees/expenses. 

 43.            To the extent permitted by law, the Organizer, its affiliates or authorized third parties shall accept no liability in any way for any entries, including but not limited to lost, damaged, delayed, or any technical error.

 44.            The Organizer would like to alert the Participants to take reasonable precautions when receiving any phone calls or messages requesting for your personal information(s) during and/or after the Contest. The Organizer would also like to advise our valued Participant to call the Organizer for verification regarding the Contest.


Liability and Responsibility

 45.            To the extent permitted by law, Participant and winner shall assume full liability and responsibility for any liability incurred as a result of their negligence or willful default due to their participation in this Contest and/or redemption and/or use of the prizes, Participant and winner agree to release the Organizer and its agencies from any claim whatsoever from that liability.

 46.            To the fullest extent permitted by law, in no event the Organizer or any of its officer, employee, representative and/or agent (including, any third-party agencies that deals with the Organizer for the purpose of this Contest) be liable for any loss or damage arising in the Participant’s negligence or willful default in connection with this Contest.

 47.            By participating in this Contest, the Participant agrees to comply with all the Terms & Conditions of this Contest and all decisions made by the Organizer.

 

48.            These Terms and Conditions are governed by Malaysian laws and under the jurisdiction of the courts of Malaysia.

 

Privacy Notice

 49.            By participating in the Contest, the Participant give their consent to and authorise the Organizer to collect, store, use, process their names, masked Identification Numbers (IC) and other personal particulars [“Personal Data”] for the purpose of running the Contest, including but not limited to announcing and publishing Personal Data and/or photos of the Participant at the Organizer’s website for advertising and publicity purposes.

50.            By participating in the Contest, the Participant agrees and authorise their banks to share and disclose their Personal Data to the Organizer for the purpose to run this Contest including and not limited to the selection of winner (if any).

51.            By participating in the Contest, the Participant also give their consent and authorise the Organizer using a third-party service including but not limited to any financial institution to process the Participant's Personal Data. All such third parties are contractually obliged, not to use the Participant's Personal Data in any other than way that stated herein.

52.            Under the laws of Malaysia, the rights of the Participant include:

The rights to withdraw consent for the use of Personal Data at any time by contacting the Organizer at the contact details mentioned below by providing the Organizer with the Participant’s name and email address for removal of the said Personal Data;

The rights to obtain a copy of the Personal Data which the Organizer hold; and

The rights to correct inaccurate Personal Data.

53.            Participant may refer to the Organizer's website at https://www.lotuss.com.my/en or call the Organizer's helpline line at lotusshelpline@lotuss.com.my or 1300131313 from Monday – Friday, 9:00 AM – 6:00 PM for any info pertaining to data protection or legal rights.

 54.            The Organizer will take reasonable precautions to keep Participant's Personal Data secure, and requires third party processors to do the same. However, the Organizer may disclose the Participant's Personal Data if required by law, search warrant, subpoena, or court order.

 55.            Any matter to the Personal Data relating to this Contest shall be governed by and dealt with in the Personal Data Protection Act 2010 and any other relevant laws in Malaysia.

E-newsletter
Subscription

I have read and agree to Lotus's terms and conditions and privacy policy. I agree to be registered to the e-newsletter subscription service.